CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 10 April 2011

Semarak Warnamu...Flame Bouquet

SN ~ Flame Bouquet
Hari ni giliran rose berwarna oren kemerahan ini pula menjadik perhatian saya... untuk pengetahuan semua.. rose ini sebenarnya tidak ler besar mana.. jenis mini rose... paling besar pon pernah buka 2.5 cm sahaja...

Saya beli rose ini di nursery Lot. 57, Sg. Buloh.  Rose ini pernah 'sakit' teruk diserang red spidermite.  Bermacam2 racun yang telah saya semburkan tetapi spidermite tetap menyerang dan berkoloni di bawah dedaunnya.. menyebabkan daun rose ini mengerekot ke dalam dan warna daun bertukar menjadik warna hijau pudar.

Untuk pengetahuan, rose ni saya letakkan di beranda, dan oleh sebab kekurangan cahaya matahari red spidermite bermaharajalela di bawah dedaunnya...

Akhirnya saya mengambil keputusan drastik dengan menghantar rose ini di 'bawah' rumah saya di kawasan letak kereta.  Tak sampai beberapa minggu, rose saya ini sembuh dari serangan spidermite yang menyerang.. so kesimpulannya ialah... rose memang sukakkan cahaya matahari.. ia akan berbunga dengan lebat dan cantik bila dapat cahaya matahari yang mencukupi dan yang paling penting, spidermite memang x sukakan cahaya matahari dan ia akan 'lari lintang pukang' bila terkena cahaya matahari yang terik... :)

0 comments:

Post a Comment