Deadheading atau pemangkasan rose yang telah tua (overbloom) mestilah dilakukan bagi memastikan pengeluaran bunga seterusnya berlaku segera dan menjanjikan pengeluaran bunga yang semakin banyak..
Pemotong
Apa yang diperlukan hanyalah pemotong/gunting bunga yang tajam dan sesuai. Jika anda ingin memotong dahan/batang yang agak tebal.. gunakan pemotong yang besar sedikit supaya tangan/jari anda tidak sakit disaat ingin menekan pemotong tersebut. Begitu juga sebaliknya jika anda cuma ingin memotong bunga yang telah tua. Gunakanlah pemotong yang runcing dengan size yang sesuai. Dapatkan pemotong tersebut dari kedai hardware atau nursery.
Pastikan pemotong tersebut hanya digunakan untuk memotong rose ye. Jangan campurkan penggunaan pemotong ini dengan tumbuh-tumbuhan yang lain kerana dikhuatiri pemotong tersebut dijangkiti dengan kuman penyakit.
Dan salah satu tips yang telah saya perolehi daripada owner Lot. 57, Nursery rose di Sg. Buloh ialah untuk mensterilkan pemotong setiap kali sebelum menggunakannya. Ini adalah bagi mematikan kuman penyakit yang kemungkinan ada di pemotong tersebut. (Pemotong yang tercemar boleh menyebabkan canker kepada rose).


