Deadheading atau pemangkasan rose yang telah tua (overbloom) mestilah dilakukan bagi memastikan pengeluaran bunga seterusnya berlaku segera dan menjanjikan pengeluaran bunga yang semakin banyak..
Pemotong
Apa yang diperlukan hanyalah pemotong/gunting bunga yang tajam dan sesuai. Jika anda ingin memotong dahan/batang yang agak tebal.. gunakan pemotong yang besar sedikit supaya tangan/jari anda tidak sakit disaat ingin menekan pemotong tersebut. Begitu juga sebaliknya jika anda cuma ingin memotong bunga yang telah tua. Gunakanlah pemotong yang runcing dengan size yang sesuai. Dapatkan pemotong tersebut dari kedai hardware atau nursery.
Pastikan pemotong tersebut hanya digunakan untuk memotong rose ye. Jangan campurkan penggunaan pemotong ini dengan tumbuh-tumbuhan yang lain kerana dikhuatiri pemotong tersebut dijangkiti dengan kuman penyakit.
Dan salah satu tips yang telah saya perolehi daripada owner Lot. 57, Nursery rose di Sg. Buloh ialah untuk mensterilkan pemotong setiap kali sebelum menggunakannya. Ini adalah bagi mematikan kuman penyakit yang kemungkinan ada di pemotong tersebut. (Pemotong yang tercemar boleh menyebabkan canker kepada rose).
Dimana harus dipotong?
Anda perlu memotong dibawah tangkai daun yang pertama daripada bunga. Dan potong secara keratan condong ketepi. Ini adalah bagi mengelakkan air bertakung di dahan/batang tersebut jika dipotong secara lurus. Dan jangan terlalu condong ketepi pula.. kerana ia hanya akan menyebabkan kawasan keratan tersebut terlampau luas.
Jika bunga yang telah tua (overbloom) dibiarkan tanpa dipotong, ianya akan membuahkan biji (rose hip) dimana rose hip ini boleh disemai. Namun begitu, saya tidak pernah mencubanya..
bagussss... bagusss! Mmmg patut spiderlili mulakan blog dalam bm ...hehehe sy tak terlarat melayan banyak channel.. blog..fb, etc..tahniah!
ReplyDelete@ROUGH.ROSA
ReplyDeleteterima kasih sifu.. sy hargai segala ilmu yg sifu curahkan kepada sy..
heehe.. blog ni saje utk suka2.. lebih kepada untuk mengingatkan diri saya sendiri...takut terlupa tips yang diberikan oleh sifu...
banyak info yg dpt...terima kasih....dan blog ni sgt bagus,... utk peminat rose....
ReplyDeleteSpiderlily,
ReplyDeleteSetiap kali selesai mencantas batang pokok ros, saya dapati batang tersebut mulai rosak/hitam/membusuk dan akhirnya melarat sehingga ke bhgn lain. Akhirnya banyak pokok-pokok ros saya mati disebabkan keadaan ini.
Bagaimana nak elakkannya agar setiap kali selepas potongan/cantasan dibuat, tunas baru akan tumbuh dan batang pokok tidak bermasalah?
TQ