CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 9 January 2012

Double Delight Rose


Double Delight


Rose Double Delight (hybrid tea rose) adalah salah satu koleksi rose yang paling saya sayangi..  size bunganya yang besar, wangi disamping keunikan warnanya benar-benar menambat hati saya..

Pada mulanya, rose ini berkembang dengan warna krim ditengah-tengah dan dihujung kelopak berwarna pink (membentuk rim) dan ia akan terus berubah menjadi kemerahan apabila ia kembang penuh.







Disaat ia mula mekar sehingga disaat ia mekar penuh.. ia akan bertukar-tukar warna dan ini membuatkan ia begitu unik untuk dilihat.

Jika bunganya kembang semasa cuaca mendung, bunganya kurang merah, tetapi jika ianya kembang disaat cuaca panas terik, warna kemerahan di sekeliling kelopaknya akan lebih ketara.

Ini adalah disebabkan tindakan sinaran ultra-violet ke atas pigmen kelopak rose tersebut.
Warnanya akan bertukar-tukar



Gambar semasa overbloom

Rose DD ini mempunyai aroma seakan-akan 'bedak'.  (bedak yang botolnya biru ada gambar orang main ski di gunung bersajli.. dulu waktu kecik2 mak saya selalu beli bedak ni... tp sy lupa dah jenama dia.. )

Rose DD ini senang dijaga dan agak tahan terhadap penyakit.  Cuma apabila ia sedang berbunga, ia memerlukan air yang lebih daripada biasa.  Kalau ia kurang air, bunganya akan cepat 'terbakar'.

Kesan terbakar akibat kekurangan air
Ia selalunya berbunga sekuntum2 dan kadang-kadang dihari yang baik, ia akan berbunga secara berjambak..

Jadi, bagi anda yang inginkan rose di laman... saya syorkan anda beli Double Delight .. memang tak rugi memilikinya..

Antara info yang saya perolehi mengenai DD ni adalah :

Family: Rosaceae
Genus: Rosa
Cultivar: Double Delight

Hybridized by Swim & Ellis; Year of Registration or Introduction: 1977


Class:
Hybrid Tea

Height:
36-48 in. (90-120 cm)
4-6 ft. (1.2-1.8 m)

Spacing:
24-36 in. (60-90 cm)
36-48 in. (90-120 cm)
4-6 ft. (1.2-1.8 m)

Hardiness:
USDA Zone 5b: to -26.1 °C (-15 °F)
USDA Zone 6a: to -23.3 °C (-10 °F)
USDA Zone 6b: to -20.5 °C (-5 °F)
USDA Zone 7a: to -17.7 °C (0 °F)
USDA Zone 7b: to -14.9 °C (5 °F)
USDA Zone 8a: to -12.2 °C (10 °F)
USDA Zone 8b: to -9.4 °C (15 °F)
USDA Zone 9a: to -6.6 °C (20 °F)
USDA Zone 9b: to -3.8 °C (25 °F)
USDA Zone 10a: to -1.1 °C (30 °F)
USDA Zone 10b: to 1.7 °C (35 °F)

Bloom Color:
Red blend (rb)

Bloom Shape:
Double
Tea shaped

Flower Fragrance:
Very Fragrant

Bloom Time:
Late Spring/Early Summer
Blooms repeatedly

Habit:
Shrub
Can be trained as a standard or tree form

Patent Information:
Non-patented

Other Details:
Susceptible to black spot
Susceptible to mildew

Pruning Instructions:
Blooms on new wood; prune early to promote new growth

Soil pH requirements:
5.6 to 6.0 (acidic)
6.1 to 6.5 (mildly acidic)

Propagation Methods:
From softwood cuttings
From semi-hardwood cuttings
From hardwood cuttings
By grafting
By budding

credit to Dave's Garden 

Friday 6 January 2012

Mawar di Cameron Highlands

Lama rasanya saya tidak menjengah.. bz bukan main. memang dugaan akhir tahun 2011 adalah yang paling mencabar bagi saya..bz menguruskan kerja seharian di pejabat dan juga di rumah..huhu

buat pertama kali dalam sejarah hidup saya.. saya tidak mempunyai cukup waktu untuk meluangkan masa melakukan aktiviti yang saya sukai iaitu berkebun.. (sekarang rose dilaman saya dah terabai.. )

Kini, sempena tahun baru 2012, saya harap saya mempunyai lebih masa dan ruang untuk beristirehat sambil melakukan apa jua aktiviti yang saya minati..

Bagi menghargai diri saya sendiri, (sape lagi nak hargai kalo bukan kita sendiri ye x???) saya harap dalam waktu terdekat ni saya dapat bercuti .. saya tidaklah demand sangat dalam hal-hal percutian ni, cukuplah sekadar dapat bercuti di dalam negara kita ni..

dan jangan tak tahu, saya suka sangat bercuti di tempat yang saya boleh menghayati rose .. dimana lagi ye?? di Cameron Highlands lah..

Seingat saya, sudah berpuluh-puluh kali saya menjejakkan kaki di CH, tetapi kenangan paling terindah ialah pada tahun lepas (2011) dimana pada kali itu, seluruh keluarga saya dapat pergi bersama-sama bercuti..

Satu perkara yang paling saya tak dapat lupakan ialah apabila dapat menghayati kecantikan mawar di CH.  Bayangkan, mawar di CH, cuma ditanam di tempat letak kenderaan, yang pada pemerhatian saya, pasti mawar tersebut tidak mendapat kasih sayang dan perhatian dari empunyanya... tetapi ia tetap mekar cantik dan besar sizenya.. sedangkan mawar di laman saya, yang tiap-tiap minggu dibelai dan diberi perhatian sepenuhnya, tidak pernah mekar secantik itu..

erm.. ternyata cuaca dan suhu memainkan peranan yang penting terhadap tumbersaran mawar..  di CH dengan suhu sejuk dan cuaca yang nyaman, menjanjikan mawar yang cantik dan besar..













Monday 19 December 2011

Buah hatiku @ mawar dan wazif

Hujung minggu adalah hari yang dinanti-nantikan oleh saya.. kerana pada hari minggulah saya dapat melepaskan segala kepenatan / ketegangan menghadapi kerja-kerja seharian di pejabat..

Dan hujung minggu juga dinanti-nantikan untuk saya berehat dan melakukan aktiviti yang disukai..

Saya pasti, anda juga mengambil kesempatan melakukan hobi masing-masing seperti memancing, memasak, menonton tv dll..

Begitu juga saya.. saya mengambil kesempatan pada hujung minggu untuk membelek rose di laman saya.. bayangkan saya boleh berada seharian di celah-celah pasu rose saya ..dari pagi sehingga petang.  Cuma berehat sebentar untuk memasak dan bersolat.

Namun disamping itu, saya juga ingin untuk meluangkan masa bersama buah hati saya (anak buah kesayangan saya) Muhammad Wazif Zulfakar..

Jadi saya sering berada dalam dilema.. hendak meluangkan masa untuk bermain bersama-sama Wazif di rumah ataupun berada di laman membelek rose???

Namun tidak disangka-sangka .. hujung minggu yang lalu.. dilema itu telah berjaya diselesaikan..

Pagi-pagi lagi, Wazif telah menggerakkan saya dari tidur dan mengajak saya untuk melihat bunga.. bayangkan kanak-kanak berusia 3 tahun.. bercakap dengan petahnya.. mengajak saya untuk melihat rose diluar.. bertapa tidak disangka-sangka..

Dan bila saya membawanya 'berkebun' diluar.. si lincah saya itu beria-ia membantu saya deadheading rose, memberi baja kepada rose dan tidak kurang berposing dihadapan kamera.

Gelak ketawa Wazif disamping rose-rose yang berkembangan.. benar-benar mencuit hati saya...

terus terang saya katakan itulah antara saat-saat terindah saya.. yang tidak mungkin saya lupakan..














Tuesday 13 December 2011

Nursery Lot. 57 - Sg. Buloh

Hari ni saya nak cerita serba sedikit mengenai nursery rose yang ada di Sg. Buloh.  Terletak di Jalan Sg. Buloh - Subang yang lebih dikenali sebagai Green Lane, Selangor.  Ia terletak berhadapan dengan The Rubber Research Institute Of Malaysia (RRIM).  Nursery Lot. 57 - yang dimiliki oleh Ah Keong.  Taukeh ni seorang yang pemurah dengan senyuman dan ramah tetapi malangnya bukan pemurah bab-bab rega ..isk..isk..

Ia cuma menjual bunga-bunga rose dan adalah sedikit pokok-pokok lain seperti bunga raya.  Anak pokok rose yang ada di situ kebanyakkannya adalah jenis yang jarang/susah dijumpai di nursery lain.  Ini adalah kerana Taukeh Ah Keong ini 'mengimport' rose-rose tersebut daripada luar negeri untuk ditutkan kemudian dijual di Malaysia.

Tetapi hati-hati!! kerana x semua rose di nursery beliau jenis yang jarang/susah dijumpai di nursery lain.  Ada juga rose di situ yang jenis 'biasa' yang mudah dan banyak dijumpai di nursery lain dengan harga yang lebih murah dan lebih berpatutan.

Contohnya : 

Di Nursery Lot. 57, Rose Double Delight dijual dalam pasu kecil dengan harga RM25 sedangkan di nursery lain, satu pasu teracota Rose Double Delight dijual dengan harga serendah RM16 sahaja.

Jadi, bagi peminat rose yang ingin membeli rose di Lot. 57, silalah berhati-hati supaya tidak terbeli rose yang
'biasa' tu.

Untuk mengelakkan terbeli rose yang biasa dijumpai di nursery lain, saya sarankan anda kunjungi dahulu nursery-nursery lain, jika pasti tiada rose di nursery tersebut.. anda bolehlah beralih ke nursery Ah Keong.

Contohnya :

Rose Ebb Tide, cuma ada dijual di Lot. 57 (dan beberapa geng Malaysian Rose Society) tetapi tidak ada dijual di nursery-nursery lain.

Di nursery Lot. 57, harga setiap anak rose dijual dengan harga standard iaitu RM12, RM25 dan RM35 mengikut jenis dan populariti.

Jadi, bagi penggemar/pencinta rose, anda dialu-alukan untuk pergi ke nursery Lot. 57 untuk mencuci mata dan mencuci poket anda..












Oh!! lupa nak bagitau.. bersiap sedia menutup hidung jika anda pergi ke nursery ini.. ada bau busuk 'zoo mini'.. (ada anjing, kucing, monyet dalam kurungan)




Tuesday 6 December 2011

Bercerita mengenai Rose Canker

Akhir bulan November adalah tempoh yang paling sibuk buat saya.  Sibuk dengan kerja2 pejabat yang tiba2 banyak dihujung tahun dan juga sibuk dengan urusan pindah memindah (saya berpindah dari aras 4 turun ke aras 2)..

Dan kerana kesibukan itu jugalah membuatkan saya tidak mempunyai masa untuk diri saya dan rose-rose kesayangan saya.

Dan semalam, selepas segala-galanya selesai, saya berpeluang untuk menjenguk rose di laman yang sudah lama terabai..



Memang sedih rasanya, melihat blackspot bermaharajalela satu cerita, ditambah pula dengan tanda-tanda rose canker di rose kesayangan saya seperti mini ch kuning dan magic corousel... nak meraung2 rasanya..

Namun saya bernasib baik kerana jangkitan itu baru sahaja bermula, cuma kira-kira 1 inci sahaja.. bayangkan kalau saya terlewat beberapa hari lagi, sudah pasti canker tersebut akan merebak lagi.. owh tidakkkk!!!!!

Untuk pengetahuan ramai, 1 pasu rose saya pernah mati kerana saya tidak sedar rose tersebut telah diserang canker.  Rose tersebut baru sahaja berada di laman saya iaitu SN~ Miss Eye Candy. (memang sedih betul.. kejadian ini berlaku beberapa bulan sudah)

Jadi, eloklah kita mengetahui ape itu rose canker supaya kita dapat mengatasi/merawatinya.. seperti kata pepatah "mencegah itu lebih baik daripada mengubati"..
Mari kita bercerita apa itu rose canker???

Rose canker adalah keadaan apabila batang rose anda bertukar kehitaman (membusuk) akibat jangkitan fungus yang menyerang.  Ia boleh menjangkiti keseluruhan pokok tidak kira batang yang sudah matang ataupun batang baru.  Kebiasaannya, tanda permulaan canker ialah tompokan kehitaman di batang pokok dan dalam sekelip mata akan merebak menjadi besar menyebabkan batang tersebut kehitaman.

Jika dibiarkan, ia boleh terus berjangkit hingga ke seluruh pokok tersebut sehinggalah rose tersebut mati.

Mengapa ianya terjadi??

Rose canker adalah pathogenic fungi dimana ia boleh membawa kerosakan yang teruk kepada rose jika tidak dirawat.  Fungus ini boleh masuk menyerang / menjangkiti batang rose melalui luka akibat pemangkasan (pruning) yang tidak sempurna.

Pemangkasan (pruning) yang tidak sempurna akan menyebabkan luka di kulit batang rose dan keadaan yang lembab dan basah (akibat hujan ataupon semasa menyiram) menyebabkan fungus ini menjangkitinya.

Apa yang perlu dibuat jika ada tanda-tanda rose canker??

Caranya ialah :


  • Potong bahagian yang terkena jangkitan (seeloknya potong sehingga ke bahagian yang masih hijau/masih sihat untuk mengelakkan ianya terus berjangkit/merebak ke bawah)
  • Sapukan 'penyembuh luka' di bahagian tersebut.
Nak elakkan sebelum terkena????

  • Pastikan peralatan anda bersih sebelum menggunakannya untuk memotong/memangkas batang rose.(Bersihkan dengan membasuh dengan sabun dan air yang bersih kemudian disterilkan ke atas api untuk mematikan fungus/bakteria jika ada.
  • Potong batang rose dengan kaedah yang betul iaitu dengan memotong secara condong ke tepi.  Ini kerana potongan yang merata akan menyebabkan air bertakung.  Dan awas, jangan sesekali potong terlampau condong kerana ini menyebabkan potongan rentasnya terlampau luas dan menyebabkan luka yang luas.
  • Sapukan 'penyembuh luka' dibahagian potongan setiap kali membuat pemangkasan.
Mesti ada yang bertanya.. apa itu 'penyembuh luka'???

Inilah dia :





"Penyembuh luka" ini khas untuk pokok bonsai.  Tetapi sifu raf telah memaklumkan kepada saya (terima kasih sifu).. penyembuh ini juga boleh digunakan untuk pokok rose.

"Penyembuh luka" ini boleh dibeli di kedai-kedai hardware ataupun nursery.  Harganya lebih kurang RM10-RM15 sahaja dan boleh digunakan beberapa tahun.

Bayangkan saya beli "penyembuh luka" ini pada tahun 2010 dan sehingga kini cuma 1/4 sahaja saya gunakan.

Jadi apa lagi??? jika anda ingin elakkan Rose Canker.. aplikasikan cara ini... Selamat mencuba!!!!

Tuesday 15 November 2011

Rose YG Camerons Highlands



Untuk pengetahuan semua, YG Plant adalah antara syarikat pengeluar terbesar rose camerons highlands... (kalau pergi nursery.. banyak rose atau tanaman lain yang dijual didalam pasu plastik ada logo YG.. )

Ladang YG ini cuma dibuka untuk pemborong a.k.a pemilik2 nursery..

Namun saya sungguh bertuah kerana kak esah (pemilik nursery exoticmatahari di bukit rangin) sudi mengajak saya pergi bersama beliau ke ladang tersebut.

Kali pertama saya menjejakkan kaki disitu, apa yang mampu saya lakukan ialah berisytifar sebanyak mungkin..

Mana tidaknya... pokok2 rose saujana mata memandang...cantik2 dan segar2 belaka...

Pokok rose disana dijual mengikut pelbagai size... lagi besar pokok lagi tinggi harganya..

Pekerja2nya pula kebanyakkannya orang asing.. (bangladesh mari..)

Saya pula naik juling biji mata.. snap gambar disana-sini.. nak hidu bunga.. x berani pulak.. (nanti keracunan pulak..) lihatlah gambar dibawah..






















Memang kenangan ke sana tidak dapat saya lupakan.  Saya cuma membeli 11 pasu rose sahaja. (size paling kecik).  Dan semestinya menggunakan account kak esah.. (hehe.. dapat harga borong..)

Ikut perancangannya.. saya hendak bertanya kepada pekerja bangla tu.. cara mereka menjaga rose dan baja yang digunakan...  tp tulah.. macam itik bercakap dengan ayam... haru jadinya.. (pekerja bangla tu x reti sangat cakap melayu) last2 saya matikan aje hasrat saya tu... huhu

Nota : selain rose, YG ada mengeluarkan tanaman lain seperti bunga raya, bunga tiga bulan dll..