CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 6 December 2011

Bercerita mengenai Rose Canker

Akhir bulan November adalah tempoh yang paling sibuk buat saya.  Sibuk dengan kerja2 pejabat yang tiba2 banyak dihujung tahun dan juga sibuk dengan urusan pindah memindah (saya berpindah dari aras 4 turun ke aras 2)..

Dan kerana kesibukan itu jugalah membuatkan saya tidak mempunyai masa untuk diri saya dan rose-rose kesayangan saya.

Dan semalam, selepas segala-galanya selesai, saya berpeluang untuk menjenguk rose di laman yang sudah lama terabai..



Memang sedih rasanya, melihat blackspot bermaharajalela satu cerita, ditambah pula dengan tanda-tanda rose canker di rose kesayangan saya seperti mini ch kuning dan magic corousel... nak meraung2 rasanya..

Namun saya bernasib baik kerana jangkitan itu baru sahaja bermula, cuma kira-kira 1 inci sahaja.. bayangkan kalau saya terlewat beberapa hari lagi, sudah pasti canker tersebut akan merebak lagi.. owh tidakkkk!!!!!

Untuk pengetahuan ramai, 1 pasu rose saya pernah mati kerana saya tidak sedar rose tersebut telah diserang canker.  Rose tersebut baru sahaja berada di laman saya iaitu SN~ Miss Eye Candy. (memang sedih betul.. kejadian ini berlaku beberapa bulan sudah)

Jadi, eloklah kita mengetahui ape itu rose canker supaya kita dapat mengatasi/merawatinya.. seperti kata pepatah "mencegah itu lebih baik daripada mengubati"..
Mari kita bercerita apa itu rose canker???

Rose canker adalah keadaan apabila batang rose anda bertukar kehitaman (membusuk) akibat jangkitan fungus yang menyerang.  Ia boleh menjangkiti keseluruhan pokok tidak kira batang yang sudah matang ataupun batang baru.  Kebiasaannya, tanda permulaan canker ialah tompokan kehitaman di batang pokok dan dalam sekelip mata akan merebak menjadi besar menyebabkan batang tersebut kehitaman.

Jika dibiarkan, ia boleh terus berjangkit hingga ke seluruh pokok tersebut sehinggalah rose tersebut mati.

Mengapa ianya terjadi??

Rose canker adalah pathogenic fungi dimana ia boleh membawa kerosakan yang teruk kepada rose jika tidak dirawat.  Fungus ini boleh masuk menyerang / menjangkiti batang rose melalui luka akibat pemangkasan (pruning) yang tidak sempurna.

Pemangkasan (pruning) yang tidak sempurna akan menyebabkan luka di kulit batang rose dan keadaan yang lembab dan basah (akibat hujan ataupon semasa menyiram) menyebabkan fungus ini menjangkitinya.

Apa yang perlu dibuat jika ada tanda-tanda rose canker??

Caranya ialah :


  • Potong bahagian yang terkena jangkitan (seeloknya potong sehingga ke bahagian yang masih hijau/masih sihat untuk mengelakkan ianya terus berjangkit/merebak ke bawah)
  • Sapukan 'penyembuh luka' di bahagian tersebut.
Nak elakkan sebelum terkena????

  • Pastikan peralatan anda bersih sebelum menggunakannya untuk memotong/memangkas batang rose.(Bersihkan dengan membasuh dengan sabun dan air yang bersih kemudian disterilkan ke atas api untuk mematikan fungus/bakteria jika ada.
  • Potong batang rose dengan kaedah yang betul iaitu dengan memotong secara condong ke tepi.  Ini kerana potongan yang merata akan menyebabkan air bertakung.  Dan awas, jangan sesekali potong terlampau condong kerana ini menyebabkan potongan rentasnya terlampau luas dan menyebabkan luka yang luas.
  • Sapukan 'penyembuh luka' dibahagian potongan setiap kali membuat pemangkasan.
Mesti ada yang bertanya.. apa itu 'penyembuh luka'???

Inilah dia :





"Penyembuh luka" ini khas untuk pokok bonsai.  Tetapi sifu raf telah memaklumkan kepada saya (terima kasih sifu).. penyembuh ini juga boleh digunakan untuk pokok rose.

"Penyembuh luka" ini boleh dibeli di kedai-kedai hardware ataupun nursery.  Harganya lebih kurang RM10-RM15 sahaja dan boleh digunakan beberapa tahun.

Bayangkan saya beli "penyembuh luka" ini pada tahun 2010 dan sehingga kini cuma 1/4 sahaja saya gunakan.

Jadi apa lagi??? jika anda ingin elakkan Rose Canker.. aplikasikan cara ini... Selamat mencuba!!!!

5 comments:

  1. jutaan terima kasih.. baru saya jelas dgn Rose Canker.. kena ambil tindakan segera ni.. tp jika tak gunakan penyembuh luka ini apa akibatnya?

    ReplyDelete
  2. @fizzi
    kalo x gunakan penyembuh luka, kena pastikan pemangkasan rose dilakukan dengan sempurna iaitu dengan memotong menggunakan pemotong yang bersih dan ptong dgn cara yang betul(menyerong sedikit)..

    ReplyDelete
  3. tq..very helpful.....(walaupun posting ni dah laaama...hehe)

    ReplyDelete
  4. terima kasih

    ReplyDelete
  5. saya dah lama bertanya dengan kawan-kawan masalah pucuk pokok ros jadi hitam.rupanya dah jumpe jawapannye

    ReplyDelete