CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 15 November 2011

Rose YG Camerons Highlands



Untuk pengetahuan semua, YG Plant adalah antara syarikat pengeluar terbesar rose camerons highlands... (kalau pergi nursery.. banyak rose atau tanaman lain yang dijual didalam pasu plastik ada logo YG.. )

Ladang YG ini cuma dibuka untuk pemborong a.k.a pemilik2 nursery..

Namun saya sungguh bertuah kerana kak esah (pemilik nursery exoticmatahari di bukit rangin) sudi mengajak saya pergi bersama beliau ke ladang tersebut.

Kali pertama saya menjejakkan kaki disitu, apa yang mampu saya lakukan ialah berisytifar sebanyak mungkin..

Mana tidaknya... pokok2 rose saujana mata memandang...cantik2 dan segar2 belaka...

Pokok rose disana dijual mengikut pelbagai size... lagi besar pokok lagi tinggi harganya..

Pekerja2nya pula kebanyakkannya orang asing.. (bangladesh mari..)

Saya pula naik juling biji mata.. snap gambar disana-sini.. nak hidu bunga.. x berani pulak.. (nanti keracunan pulak..) lihatlah gambar dibawah..






















Memang kenangan ke sana tidak dapat saya lupakan.  Saya cuma membeli 11 pasu rose sahaja. (size paling kecik).  Dan semestinya menggunakan account kak esah.. (hehe.. dapat harga borong..)

Ikut perancangannya.. saya hendak bertanya kepada pekerja bangla tu.. cara mereka menjaga rose dan baja yang digunakan...  tp tulah.. macam itik bercakap dengan ayam... haru jadinya.. (pekerja bangla tu x reti sangat cakap melayu) last2 saya matikan aje hasrat saya tu... huhu

Nota : selain rose, YG ada mengeluarkan tanaman lain seperti bunga raya, bunga tiga bulan dll..












4 comments:

  1. bertuah badan.. makin bertambah la rose kt rmh.. kalo tau nak kirim sepasu dua.. hehe.. -fizzi

    ReplyDelete
  2. bestnya..sy mmg 'crazy' sgt2 dgn roses..klu le dpt g sne..

    ReplyDelete
  3. salam..sy nak tye, kenapa bunga ros saya rosak pada bahagian tangkai bunga..kkdg x smpat kembang sbb putik rosak. tangkai jadi warna coklat..harap dapat tolong saya

    ReplyDelete