CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label PEMBAJAAN/FERTILIZER. Show all posts
Showing posts with label PEMBAJAAN/FERTILIZER. Show all posts

Monday, 14 November 2011

Rose Fertilizers / Pembajaan mawar


Post ini sy tuju khas buat cik syamimi yg sudi meninggalkan mesej di email sy..

sy meminta maaf banyak2 kerana lambat buat post ni.. coz kesibukan tugas harian.

Sebelum ini saya ada juga menulis mengenai pembajaan di bawah tajuk Asas Penjagaan Rose .  Tetapi ianya terlampau ringkas dan kali ini saya akan bercerita lebih lanjut lagi mengenai pembajaan rose.

Kenapa perlunya pembajaan??

Seperti yg kita semua tahu, rose sentiasa mengeluarkan bunga yang cantik dan harum.  Warnanya yang menyerlah serta kelopaknya yang indah.. sudah tentu memerlukan 'tenaga' yang banyak... 'tenaga' yang saya katakan sudah semestinya terhasil daripada pembajaan yang mencukupi.

Dan pembajaan ini adalah perkara wajib bagi memastikan rose kita sentiasa sihat dan segar. (Macam kita manusia lah.. kalo x cukup makan, kan kita akan cengkung.. kurus melidi.. kalau cukup makan.. cukup zat.. kita akan sihat dan ceria..)

Ia juga membantu rose tumbuh dengan sihat dan mempunyai daya pertahanan dari serangan penyakit-penyakit rose seperti serangan kulat (blackspot,powdery mildew dll), serangan serangga (thrips, aphids dll) dan tekanan persekitaran (perubahan suhu dan cuaca).

Apakah mineral paling asas yang perlu ada didalam baja??

Sebenarnya rose seperti pokok-pokok yang lain, yang memerlukan kuantiti NPK yang mencukupi untuk memastikan ianya kekal sihat dan membesar. NPK yang saya maksudkan adalah :

Nitrogen (N) = untuk tumbesaran dedaun dan batang
Potassium (P) = untuk membantu menguatkan sistem akar dan pengeluaran bunga
Phosphorus (K) = untuk tenaga dan meningkatkan sistem ketahanan pokok

Sumber NPK boleh dirujuk melalui pautan Choosing a Rose Fertilizer . (credit kepada Mr. Gary Antosh)
Oleh itu, jika anda inginkan rose yang sihat dan rajin mengeluarkan bunga, amalkan pemberian baja yang sesuai (yang mengandungi kuantiti NPK yang diperlukan) dan pastikan baja diberi secara berkala dan tetap.  Kuantiti NPK yang diperlukan adalah 1:2:2 atau 2:3:1. 

Apakah pilihan baja yang ada di pasaran??

Organik :

  • Hasil buangan binatang seperti tahi ayam, tahi kambing, tahi arnab dll (pastikan ianya telah diproses / diperam terlebih dahulu supaya kuman dan bakteria terhapus dan ia tidak panas)
  • Hasil buangan dapur seperti kulit bawang, isi perut ikan, kulit dan lemak ayam, kulit dan kepala udang, kepala ikan bilis, serbuk teh dll.
  • Hasil buangan yang telah menjadi kompos seperti tulang ikan dan kulit buah-buahan.
  • Anda juga boleh membuat baja sendiri ~ sila rujuk post saya Home Made Fertilizer??
Kimia :

  • Baja jenis kimia adalah baja sintetik (synthetic) yang diproses dan dijual oleh pelbagai jenis label.
Cara tindakan??

Organik :

  • Baja organik memerlukan masa untuk proses penguraian.  Dan ini menyebabkan ianya bertindak secara perlahan-lahan (slow release) dan ini menjanjikan rose mendapat khasiat secara berterusan. 
  • Tahan lama (long lasting).
  • Mesra alam
  • Murah dan menjimatkan
Kimia :

  • Ia bertindak dengan pantas.  Dan selalunya menjadi pilihan kerana mudah (telah tersedia mengikut NPK yang dikehendaki).
  • Namun ia selalunya bersifat 'panas' dan boleh membuatkan pokok 'terbakar' jika tersalah kuantiti.
  • Harga bergantung kepada kualiti dan jenama.
Mana satu yang lebih baik??

Sebenarnya kedua-dua jenis baja (organik atau kimia) mempunyai kelebihan yang tersendiri.  Asalkan ianya terjamin mengandungi semua jenis mineral yang diperlukan oleh rose dan tidak memudaratkan microorganisma di dalam tanah, struktur tanah dan pokok rose itu sendiri.

Jesteru itu saya kadang-kala menggunakan baja organik dan baja kimia secara berselang seli.  Jika minggu pertama saya menggunakan baja organik, maka minggu kedua saya akan menggunakan baja kimia.  Itu terpulang kepada pilihan anda sebagai pengguna.

Berapa kerap saya perlu membaja??

Jika anda inginkan rose yang rimbun dengan dedaun yang segar bugar, membesar dengan sihat dan pesat, berbunga dengan banyak dan meriah pastikan anda membaja rose anda sekali seminggu.

Berapa sukatan kuantiti baja yang diperlukan??

Jika baja yang dibeli mempunyai label arahan penggunaan, sila patuhi arahan tersebut. 

Perlu diingatkan kuantiti baja perlulah seimbang dengan size pokok tersebut, bukannya size pasu. 

Contohnya, jika pokok tersebut x sampai 1 kaki tetapi ditanam didalam pasu yang besar tempayan, jangan lah pula anda beri baja untuk size pasu besar, tetapi beri kuantiti untuk pokok kecil (mengikut size). 

Lagi besar pokok, lagi banyak kuantiti baja yang diperlukan.

Bilakah waktu yang sesuai untuk saya membaja???

Waktu paling sesuai untuk kita membaja ialah pada waktu pagi dimana pada waktu tersebut, pohon akan memulakan proses fotosintesis.

Namun tidak salah jika anda ingin membaja pada waktu petang, asalkan tidak pada waktu tengahari.  Mesti ada yang bertanya mengapa tidak boleh membaja pada waktu tengahari.. Jawapannya senang je.. kan selepas membaja kita perlu menyiram pokok tersebut, dan seperti semua sedia maklum, menyiram pokok pada waktu tengahari amat tidak digalakkan kerana dikhuatiri akar akan terganggu.

Cara-cara membaja??

  • Mula-mula anda perlu sediakan baja yang ingin diberikan kepada rose.  Saya selalunya akan membuat campuran baja udang, baja tahi ayam dan baja ikan dengan kuantiti 2:1:1.
  • Seperti biasa, sediakan sarung tangan dan facemask.  Sarung tangan untuk memastikan kebersihan, takut nanti tangan kita terlekat kuman (yelah nama pon baja tahi ayam)... facemask pula untuk membantu kita dari terhidu bau baja tahi ayam yang busuk tu.
  • Kemudian bila anda telah bersedia, letakkan baja tersebut didalam pasu mengikut kuantiti yang sesuai.
  • Setelah selesai, terus siram pokok anda dengan air yang banyak.  (Ini adalah perkara WAJIB).

Tips lain mengenai proses pembajaan :

  • Seeloknya gembur dahulu pokok anda sebelum membaja.
  • Sentiasa letakkan baja jauh dari perdu/batang pokok.
  • Anda boleh membuat teknik 'pocket' bagi tanaman pasu kecil.  Teknik 'pocket' ialah mengorek lubang di pasu anda (jauh dari pangkal/batang pokok) dan tanam baja tersebut.  Ini adalah bagi mengelakkan baja tersebut teralih ke perdu/batang pokok semasa proses penyiraman.
  • Bagi baja dari bahan buangan dapur boleh merujuk post saya Baja dari dapur (jimat ooo) .
  • Jika anda baru hendak mencuba baja (kimia) pastikan anda letakkan sedikit dahulu baja tersebut (kurangkan daripada sukatan yang telah diberikan di label).  Dan cuba pada 1 pasu sahaja.  Jika tiada kesan-kesan terbakar anda boleh teruskan dengan sukatan yang sebenar dan beri baja ke pasu anda yang seterusnya.

Ini antara baja yang ada di pasaran.  Ok jugak baja ni..













Wednesday, 9 November 2011

Home made fertilizer???


Saya pasti ramai antara kita yang mengalami pengalaman ini.. x kisahlah lelaki atau perempuan ...

Beli buah/sayuran dengan banyak.. macam dah x ada hari lain nak beli.. beli secara borong pulak tu.. tambah-tambah kalau pergi ke pasar malam..

1 piring mengandungi lebih daripada 10 biji buah epal cuma rm10.. sape yang xnak kan??? Belum lagi bab sayuran.. macam2 sayur nak dibeli.. tp akhirnya layu/busuk didalam peti ais aje.. beli bukan main.. tp masak x tentu lagi.. (saya lah tu..)

Dan ada juga yg rajin memasak sayur atau rajin makan buah.. tp bila tengok lebihan sayur (batang2 sayur yang keras dan tidak sesuai dimasak) atau bila tengok kulit buah-buahan yang dibuang.. rasa sayang pulak..

Jadi apa kata kita gunakan lebihan/buangan dapur ini untuk menyediakan baja utk rose kita??? 

Sebenarnya macam-macam tips yang saya dapat dari rakan2 yang sama-sama 'gilakan' rose.  Tak kurang juga daripada internet.  Tapi yang ni telah saya aplikasikan.. 

Hasilnya agak memberasangkan.. pokok bertambah subur dan sihat. 

Cara nak buat baja nih??? senang je...  (credit to Linda Wong ~ MRS)

Mula-mula kita kena ada bahan asas seperti :

  • kulit buah-buahan ~ yang lembut ye kengkawan.  contohnya epal, limau, pear, pisang, nenas dll.. tp agak2lah.. jangan pulak taruk kulit durian ka...kulit nangka ka.. (nangka bergetah..) atau
  • sayur-sayuran.. ni pon sama cam kes atas.. jangan ler pulak taruk kulit petai.. nanti rose bau petai kan haru je..
  • gula merah (jangan guna gula putih pulak)
  • air
Caranya :

  • Dapatkan balang kosong (gunakan je balang kuih raya tu atau balang gula-gula).
  • Masukkan kulit buah / sayur
  • Masukkan gula merah (agak2 ye)
  • Masukkan sikit air
  • Gaul rata .. kemudian tutup balang tu.
  • Tandakan tarikh anda membuat bancuhan tersebut dibalang.
Untuk pengetahuan, baja ni boleh digunakan hanya selepas tiga (3) bulan.

Setiap minggu.. rajin2lah buka penutup balang tersebut.. supaya gas yang terkumpul keluar .. kalo tak dikhuatiri balang tu meletup. (tp pernah gak saya terlupa nak bukak penutup tu.. sampai sebulan lebih.. ok pulak.. x pula meletup) hehe..

Kemudian rajin2lah goncangkan kandungan balang tersebut.  Sebabnya.. nanti gula merah tu mendap ke bawah.. jadi kita perlu goncangkan supaya gula merah tu sekata.

Selepas tiga bulan, anda boleh gunakan baja tersebut.  Bancuh dengan menggunakan sedikit air.

Bau dia??? manis dan harum je...

mula2 saya ingat home made fertilizer ni berbau busuk.. (bau tong sampah).. tapi hakikatnya.. ok je.. x busuk pon..



Kulit epal, pear dan betik

Kulit mangga


k kengkawan.. ape kata anda pula mencubanya???








Thursday, 6 October 2011

Baja dari dapur... (jimat ooo)

Baru-baru ini saya telah mendapat beberapa tips bagi 'menggemukkan' rose saya dari rakan-rakan di FB... iaitu memberi rose saya bahan buangan dapur yang selama hari ini tidak pernah saya terfikir ada kegunaannya.

Antara bahan dapur yang dikatakan ialah seperti :

  • Kulit Telur - dihancurkan dahulu dan ditabur di sekeliling rose
  • Kulit Bawang - direndam dalam air semalaman dan disiram di sekeliling rose
  • Kulit Pisang - ditanam di dalam tanah rose
  • Kulit dan lemak ayam - ditanam di dalam tanah
  • Kepala dan kulit udang - ditanam di dalam tanah
  • Air basuhan beras - siram di sekeliling rose
  • Air basuhan ikan - siram di sekeliling rose
Dan mengikut testimoni rakan-rakan saya.. ramai yang telah terbukti berjaya menyuburkan dan menggemukkan rose mereka.  Saya baru sahaja mengamalkan tips2 di atas, jadi keputusannya belum saya ketahui.  Setakat ini, tiada masalah yang saya hadapi.  Cuma kulit/lemak ayam dan kepala/kulit udang perlu ditanam dengan rapi supaya tidak ada gangguan bau busuk ataupun 'dibongkar' kucing... (nakal kucing tu..)

Oleh kerana koleksi rose-rose saya telah melebihi 80 buah pasu, jadi saya mengambil alternatif lain untuk mendapatkan bahan buangan dapur tersebut.  Saya pergi ke kedai runcit di sekitar rumah saya untuk mendapatkan kulit bawang yang dibuang mereka.  Kulit pisang pula saya dapatkan daripada makcik yang menjual goreng pisang di Tg. Malim (agak jauh dari rumah saya tetapi oleh kerana sayangkan rose, saya gagahkan kaki untuk memijak pedal minyak ke Tg. Malim..huhu).

Memandangkan saya berkerja di institut yang menyediakan makanan untuk para peserta kursus, jadi saya mudah mendapatkan bekalan lemak/kulit ayam di Bahagian Domestik.

Namun begitu, paling susah untuk saya dapatkan ialah kulit udang.  Takkan saya nak membeli udang untuk dibuat lauk tiap2 hari kan???

Tetapi kalau diikutkan memang kulit/kepala udang fresh adalah baja yang paling disukai oleh rose.  Rakan saya (mami) mempunyai rose yang gemuk-gemuk dan sihat merimbun hasil dari pemberian baja udang fresh. 

Teringat saya cerita emak saya, mengikut kata emak, dulu2 dizaman emak muda, emak bekerja di kilang udang di Jalan Kuala Kangsar.  Kalau setakat 5 guni beras 10 kg kulit/kepala udang.. petik jari aje boleh dapat.

Oleh itu, saya telah menanamkan angan2.. untuk menjelajah ke Kuala Kangsar bila cuti panjang nanti.. manalah tahu jika saya boleh dapatkan kulit udang yang banyak.. wah.. mesti gemuk rose saya nanti... hahaha..


Kulit bawang dan kulit telur yang dikumpul untuk dijadikan baja