CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 6 October 2011

Baja dari dapur... (jimat ooo)

Baru-baru ini saya telah mendapat beberapa tips bagi 'menggemukkan' rose saya dari rakan-rakan di FB... iaitu memberi rose saya bahan buangan dapur yang selama hari ini tidak pernah saya terfikir ada kegunaannya.

Antara bahan dapur yang dikatakan ialah seperti :

  • Kulit Telur - dihancurkan dahulu dan ditabur di sekeliling rose
  • Kulit Bawang - direndam dalam air semalaman dan disiram di sekeliling rose
  • Kulit Pisang - ditanam di dalam tanah rose
  • Kulit dan lemak ayam - ditanam di dalam tanah
  • Kepala dan kulit udang - ditanam di dalam tanah
  • Air basuhan beras - siram di sekeliling rose
  • Air basuhan ikan - siram di sekeliling rose
Dan mengikut testimoni rakan-rakan saya.. ramai yang telah terbukti berjaya menyuburkan dan menggemukkan rose mereka.  Saya baru sahaja mengamalkan tips2 di atas, jadi keputusannya belum saya ketahui.  Setakat ini, tiada masalah yang saya hadapi.  Cuma kulit/lemak ayam dan kepala/kulit udang perlu ditanam dengan rapi supaya tidak ada gangguan bau busuk ataupun 'dibongkar' kucing... (nakal kucing tu..)

Oleh kerana koleksi rose-rose saya telah melebihi 80 buah pasu, jadi saya mengambil alternatif lain untuk mendapatkan bahan buangan dapur tersebut.  Saya pergi ke kedai runcit di sekitar rumah saya untuk mendapatkan kulit bawang yang dibuang mereka.  Kulit pisang pula saya dapatkan daripada makcik yang menjual goreng pisang di Tg. Malim (agak jauh dari rumah saya tetapi oleh kerana sayangkan rose, saya gagahkan kaki untuk memijak pedal minyak ke Tg. Malim..huhu).

Memandangkan saya berkerja di institut yang menyediakan makanan untuk para peserta kursus, jadi saya mudah mendapatkan bekalan lemak/kulit ayam di Bahagian Domestik.

Namun begitu, paling susah untuk saya dapatkan ialah kulit udang.  Takkan saya nak membeli udang untuk dibuat lauk tiap2 hari kan???

Tetapi kalau diikutkan memang kulit/kepala udang fresh adalah baja yang paling disukai oleh rose.  Rakan saya (mami) mempunyai rose yang gemuk-gemuk dan sihat merimbun hasil dari pemberian baja udang fresh. 

Teringat saya cerita emak saya, mengikut kata emak, dulu2 dizaman emak muda, emak bekerja di kilang udang di Jalan Kuala Kangsar.  Kalau setakat 5 guni beras 10 kg kulit/kepala udang.. petik jari aje boleh dapat.

Oleh itu, saya telah menanamkan angan2.. untuk menjelajah ke Kuala Kangsar bila cuti panjang nanti.. manalah tahu jika saya boleh dapatkan kulit udang yang banyak.. wah.. mesti gemuk rose saya nanti... hahaha..


Kulit bawang dan kulit telur yang dikumpul untuk dijadikan baja


















3 comments:

  1. baja guna kepala udang fresh akan menarik semut hurung pokok rose...

    ReplyDelete
  2. eh betul gak ek utk sy yg tanam di kawasan rumah.... tp so far sy pakai air basuhan beras je... dan kulit pisang... ok lah ....

    ReplyDelete
  3. Sy tanam kulit udang n kulit ayam ok je xde semut n xde bau. Kucing pon xkembur

    ReplyDelete