Baru-baru ini, saya keluar berkursus di Johor Bahru. Dan kebetulan pada hari tersebut, cuaca agak panas terik. Ini menyebabkan bunga rose saya 'terbakar'. Saya katakan terbakar tidaklah bermaksud ianya mengeluarkan api.. tetapi bunganya menjadik lebam seperti terbakar. Heehee..
Saya perhatikan rose hanya mampu bertahan selama 24 jam jika cuaca mendung dan jika cuaca panas terik ianya cuma mampu bertahan selama 6 jam. Selepas tempoh tersebut, jika rose masih tidak disiram.. pucuk2, buds akan terlentuk manakala bunganya akan lebam seperti terbakar.
Apa yang mampu saya lakukan hanyalah membuang semua bunga-bunga yang rosak tersebut dan menyiram rose saya dengan kuantiti air yang banyak. Memang menyedihkan kerana boleh dikatakan kesemua bunga dilaman saya terpaksa dibuang sebelum sempat saya menikmati keindahannya..
SN Platinum ~ Paling teruk lebam terbakar |
SN D'carpet ~ Lebam terbakar |
SN Platinum ~ kelilingnya lebam terbakar |
Elok kalau pasang sprinkler automatik gitu.. tambah pula dengan sensor hujan.. kan senang..
ReplyDelete