CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label PILIHAN MAWAR. Show all posts
Showing posts with label PILIHAN MAWAR. Show all posts

Monday, 9 January 2012

Double Delight Rose


Double Delight


Rose Double Delight (hybrid tea rose) adalah salah satu koleksi rose yang paling saya sayangi..  size bunganya yang besar, wangi disamping keunikan warnanya benar-benar menambat hati saya..

Pada mulanya, rose ini berkembang dengan warna krim ditengah-tengah dan dihujung kelopak berwarna pink (membentuk rim) dan ia akan terus berubah menjadi kemerahan apabila ia kembang penuh.







Disaat ia mula mekar sehingga disaat ia mekar penuh.. ia akan bertukar-tukar warna dan ini membuatkan ia begitu unik untuk dilihat.

Jika bunganya kembang semasa cuaca mendung, bunganya kurang merah, tetapi jika ianya kembang disaat cuaca panas terik, warna kemerahan di sekeliling kelopaknya akan lebih ketara.

Ini adalah disebabkan tindakan sinaran ultra-violet ke atas pigmen kelopak rose tersebut.
Warnanya akan bertukar-tukar



Gambar semasa overbloom

Rose DD ini mempunyai aroma seakan-akan 'bedak'.  (bedak yang botolnya biru ada gambar orang main ski di gunung bersajli.. dulu waktu kecik2 mak saya selalu beli bedak ni... tp sy lupa dah jenama dia.. )

Rose DD ini senang dijaga dan agak tahan terhadap penyakit.  Cuma apabila ia sedang berbunga, ia memerlukan air yang lebih daripada biasa.  Kalau ia kurang air, bunganya akan cepat 'terbakar'.

Kesan terbakar akibat kekurangan air
Ia selalunya berbunga sekuntum2 dan kadang-kadang dihari yang baik, ia akan berbunga secara berjambak..

Jadi, bagi anda yang inginkan rose di laman... saya syorkan anda beli Double Delight .. memang tak rugi memilikinya..

Antara info yang saya perolehi mengenai DD ni adalah :

Family: Rosaceae
Genus: Rosa
Cultivar: Double Delight

Hybridized by Swim & Ellis; Year of Registration or Introduction: 1977


Class:
Hybrid Tea

Height:
36-48 in. (90-120 cm)
4-6 ft. (1.2-1.8 m)

Spacing:
24-36 in. (60-90 cm)
36-48 in. (90-120 cm)
4-6 ft. (1.2-1.8 m)

Hardiness:
USDA Zone 5b: to -26.1 °C (-15 °F)
USDA Zone 6a: to -23.3 °C (-10 °F)
USDA Zone 6b: to -20.5 °C (-5 °F)
USDA Zone 7a: to -17.7 °C (0 °F)
USDA Zone 7b: to -14.9 °C (5 °F)
USDA Zone 8a: to -12.2 °C (10 °F)
USDA Zone 8b: to -9.4 °C (15 °F)
USDA Zone 9a: to -6.6 °C (20 °F)
USDA Zone 9b: to -3.8 °C (25 °F)
USDA Zone 10a: to -1.1 °C (30 °F)
USDA Zone 10b: to 1.7 °C (35 °F)

Bloom Color:
Red blend (rb)

Bloom Shape:
Double
Tea shaped

Flower Fragrance:
Very Fragrant

Bloom Time:
Late Spring/Early Summer
Blooms repeatedly

Habit:
Shrub
Can be trained as a standard or tree form

Patent Information:
Non-patented

Other Details:
Susceptible to black spot
Susceptible to mildew

Pruning Instructions:
Blooms on new wood; prune early to promote new growth

Soil pH requirements:
5.6 to 6.0 (acidic)
6.1 to 6.5 (mildly acidic)

Propagation Methods:
From softwood cuttings
From semi-hardwood cuttings
From hardwood cuttings
By grafting
By budding

credit to Dave's Garden 

Tuesday, 1 November 2011

Chantek yang lawa...

"Si chantek yang manis..
buat aku tertarik.."

Si chantek yang harum..
buat aku terpegun.."

Mesti ramai yang tertanya2.. sape si chantek tu???? Meh kita tengok gambar dia.. tarik nafas dalam2 ye..



lorrr... rose ke?? ingatkan sape si chantek tu??? 
 "hai.. kome nih.. mesti ler rose.. tak kan ler siti nurhaliza atau era fazira pulak" hehe..

Chantek ni nama sementara yang diberikan oleh rakan saya (Geng Malaysian Rose Society.. kalau tak silap saya Andak.. dulu-dulu kami lepak kat forum CARI.. tp skarang semua dah beralih angin ke facebook pulak.. tu yang munculnya MRS)..

Chantek ni memang cantik... opsss.. silap.. kena cakap.. chantek yang lawa...

sebab untuk mengelakkan kekeliruan..

bayangkan.. dulu saya dan rakan (geng MRS gak..) dok menjelajah ke nursery2 rose di sungai buluh..

sekali.. saya nampak rose yang 'baru' .. cantik sangat.. saya cakaplah..

'kak.. cantikan???'.. sekali kawan saya tu jawab... 'eh.. bukan cantiklah.. rose lain tu..' (dia ingat saya maksudkan rose chantek)

kan dah keliru... dan rupa2nya kejadian yang sama pernah berlaku kat geng2 saya yang lain..

so sekarang kami dah mula ubah ayat cantik kepada lawa..

kalau ada rose yang cantik dimata kami.. kami akan kata.. "lawa kan rose ni"..

berbalik kepada si chantek nih..

chantek ni warnanya peach/pink.. tengah2nya kuning... petalnya berombak.. wangi sesangat.. bau bedak..

mula2 andak tunjukkan rose nih.. saya teringin sesangat.. dan masuk ke wishlist saya...

susah jugak saya nak mencarinya.. yang peliknya.. rakan2 yang lain.. senang je menjumpainya..

last2.. saya dapat juga si chantek ni .. biasalah.. kat nursery sungai buloh..

oleh kerana minat sangat si chantek ni.. saya siap beli 2 polibeg ... puas hati aku..

dan baru2 ni saya beli 1 polibeg lagi.. memang berbaloi2 beli..

rose chantek ni rajin berbunga dan bunganya agak besar..

tp ada kelemahan sikit si chantek nih.. durinya banyak dan tajam..














My lovely "Magic Corousel"

Hari ni sy nk berkongsi 'kecerian' yg pernah sy alami bulan sudah.. hehee.. ape dia???

Mestilah kerana rose sy 'menghadiahkan' saya dgn byk kuntuman bunga ....

Rose yg mana??? Tak lain dan x bukan.. magic corousel a.k.a apam.. (apam ni namanya diberi oleh salah seorang rakan saya dalam Malaysian Rose Society)

Magic corousel ni mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap blackspot.. walaupun 'jiran' sebelah menyebelahnya penuh dengan blackspot.. tp si MC ni memang bertahan dengan kecantikannya.. daunnya yang berkilat dan bunganya yang unik..

Tp sayang betul sebab MC ni juga salah satu rose yang masih menunggu giliran untuk ditukarkan ke pasu yg lebih besar... erm.. seikhlasnya.. saya masih tiada masa untuk tugas2 menukar pasu...

Mari lihat MC ni berposing depan camera...








Monday, 31 October 2011

Fourth Of July (FOJ)


Fourth of July (foj) ~ antara koleksi rose yang saya sayangi.. kerana ia rajin berbunga, rajin mengeluarkan tunas-tunas baru dan cantik sekali..

Sebenarnya foj ni saya beli di Lot. 57, Sungai Buloh.. dalam polibeg... kecil je tak sampai 1 kaki tingginya..

Selepas sebulan berada bawah jagaan saya, foj ini mengeluarkan tunas di setiap mata tunas.. dan sekelip mata ia merimbun di laman saya..

Cuma baru-baru ini, saya perasan yang daun foj saya ini sudah bertukar warna menjadi pucat kekuningan.. menandakan kurang dapat zat lah tu.. (chlorotic)

Erm.. apa tidaknya.. saya masih belum menukar foj saya ke pasu yang lebih besar.. walaupun foj di laman saya sudah merimbun dan bayangkan bertapa sendatnya akar-akar di dalam pasu yang kecil..huhu

Walaupun saya sudah memberi baja yang mencukupi, mengikut NPK yang disyorkan.. ianya masih tidak berbaloi jika tidak ditukar ke pasu yang lebih sesuai (yang lebih besar supaya akarnya boleh bebas).. bukannya tak mahu menukarnya ke pasu yang lebih besar, tetapi kerana kesuntukan masa membuatkan saya terpaksa mengabaikan tugas yang satu ini.. (sedihnya..)

Mari kita bercerita apa yang menarik tentang foj??

  • Sudah tentunya kerana bunganya yang cantik, merah berbelang putih.. dan paling istimewa, kerana ia mempunyai 'stamens' yang berwarna kuning keemasan.. 
  • Mengeluarkan bunga yang berjambak, besar dan berbau harum (tetapi bagi saya tidaklah harum sangat..)
  • Daya ketahanannya terhadap blackspot agak baik.. jarang dijangkiti blackspot..(ada tapi kurang)
  • Jenis pohon memanjat dan boleh meninggi sehingga 10 hingga 15 kaki (amat sesuai dijadikan gerbang)
Tapi satu yang saya kurang gemar foj ni ialah kerana ia mempunyai duri yang tajam dan sering jari saya terluka kerananya.. (nasib baik durinya tidak jenis mencangkuk.. kalau tidak.. tak dapat saya bayangkan.. SAKITNYA!!!!)





Tunas tumbuh dengan meriahnya..
















Wednesday, 26 October 2011

Rose Kampong Pink

Semalam seluruh rakyat Malaysia bercuti.. cuti umum bagi perayaan Deepavali.  Saya tidak kemana-mana, cuma menguruskan rumah dan yang paling penting, meluangkan masa bersama-sama kakak untuk membelek rose dilaman..

Seperti biasa, pagi2 lagi saya sudah 'terbongkok2' mencari dan membuang daun-daun yang dijangkiti blackspot, (banyak juga daun yang terpaksa saya buang..lebih kurang 2 beg plastik besar) kemudian membaja, menyiram dan menyembur pesticide dan racun fungus..

Setelah selesai, barulah saya bersantai-santai melihat rose2 yang berkembangan...

Antara yang menarik minat saya ialah rose Kampong Pink..

Rose ini saya beli di Nursery Lot. 57, Green Lane, Sg. Buloh.. RM12 sepolibeg (pkk x sampai sekaki tinggi)...

Waktu tu saya tidak tahu bahawa rose kampong pink ini boleh didapati di nursery-nursery lain yang menawarkan harga yang lebih murah iaitu dalam RM5-RM7 sahaja sepolibeg..

Lama juga saya menanti rose ini berbunga.. kerana saya difahamkan, rose ini hanya akan berbunga apabila ianya sudah tinggi dan rimbun..

Dan kini ianya berbunga lagi buat sekian kalinya.. memang cantik dan harum...

Saya pernah juga memotong dahan rose ini dengan 'kejamnya' (potong lebih daripada 1 kaki)... konon2 untuk mengelakkan ianya meninggi sangat.. (menurut rakan-rakan saya.. rose ini boleh meninggi hampir 5-6 kaki).. Tetapi akibat perbuatan kejam saya itu, rose ini 'merajuk' tidak berbunga agak lama... setelah ia meninggi kembali.. barulah ia mula berbunga kembali.. dan kini, saya tidak berani lagi untuk memotongnya terlalu banyak..

Rose kampong pink ini saya tanam didalam pasu.. tetapi ianya akan menunjukkan prestasi yang lebih baik jika ditanam diatas tanah.  Durinya pulak terlau tajam dan berbentuk cangkuk.. sudah banyak kali jejari saya terluka akibat tersangkut duri..

Satu perkara yang saya perasan ialah.. daun rose ini yang dijangkiti blackspot akan berubah menjadik kering dan berlubang-lubang.. berbeza dengan daun rose lain yang telah dijangkiti blackspot.. cuma berubah warna menjadik kuning dan terus luruh..

Apa pon, rose kampong pink ini benar-benar mencuit hati saya...









Tuesday, 4 October 2011

Mini CH Kuning

Kali ini mini CH kuning telah menarik perhatian saya.  Ianya rajin berbunga dan cepat merimbun.  Bayangkan sudah hampir 3 kali ianya ditogelkan akibat blackspot.. tetapi dalam 2 minggu ianya akan pulih semula seperti sedia kala. 

Mini CH Kuning ini saya beli semasa Lawatan Kerja di Cameron Highlands.  Kalau tak silap saya harga RM8 keluaran YG.

Sepanjang ianya berada didalam jagaan saya pelbagai cabaran telah dilalui, almaklumlah saya masih lagi dalam proses pembelajaran...

Spidermites, redmites, bena putih dan kini blackspot... semuanya pernah menyerang...

Namun saya berusaha membaiki cara penjagaan saya terhadap rose2 kesayangan saya.. harap2 suatu hari nanti saya boleh berjaya dan tersenyum bangga melihat rose dilaman saya.


Gambar pada Bulan September 2011

Gambar pada bulan September 2011


Gambar diawal pembelian