CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 31 October 2011

Fourth Of July (FOJ)


Fourth of July (foj) ~ antara koleksi rose yang saya sayangi.. kerana ia rajin berbunga, rajin mengeluarkan tunas-tunas baru dan cantik sekali..

Sebenarnya foj ni saya beli di Lot. 57, Sungai Buloh.. dalam polibeg... kecil je tak sampai 1 kaki tingginya..

Selepas sebulan berada bawah jagaan saya, foj ini mengeluarkan tunas di setiap mata tunas.. dan sekelip mata ia merimbun di laman saya..

Cuma baru-baru ini, saya perasan yang daun foj saya ini sudah bertukar warna menjadi pucat kekuningan.. menandakan kurang dapat zat lah tu.. (chlorotic)

Erm.. apa tidaknya.. saya masih belum menukar foj saya ke pasu yang lebih besar.. walaupun foj di laman saya sudah merimbun dan bayangkan bertapa sendatnya akar-akar di dalam pasu yang kecil..huhu

Walaupun saya sudah memberi baja yang mencukupi, mengikut NPK yang disyorkan.. ianya masih tidak berbaloi jika tidak ditukar ke pasu yang lebih sesuai (yang lebih besar supaya akarnya boleh bebas).. bukannya tak mahu menukarnya ke pasu yang lebih besar, tetapi kerana kesuntukan masa membuatkan saya terpaksa mengabaikan tugas yang satu ini.. (sedihnya..)

Mari kita bercerita apa yang menarik tentang foj??

  • Sudah tentunya kerana bunganya yang cantik, merah berbelang putih.. dan paling istimewa, kerana ia mempunyai 'stamens' yang berwarna kuning keemasan.. 
  • Mengeluarkan bunga yang berjambak, besar dan berbau harum (tetapi bagi saya tidaklah harum sangat..)
  • Daya ketahanannya terhadap blackspot agak baik.. jarang dijangkiti blackspot..(ada tapi kurang)
  • Jenis pohon memanjat dan boleh meninggi sehingga 10 hingga 15 kaki (amat sesuai dijadikan gerbang)
Tapi satu yang saya kurang gemar foj ni ialah kerana ia mempunyai duri yang tajam dan sering jari saya terluka kerananya.. (nasib baik durinya tidak jenis mencangkuk.. kalau tidak.. tak dapat saya bayangkan.. SAKITNYA!!!!)





Tunas tumbuh dengan meriahnya..
















0 comments:

Post a Comment