CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 14 November 2011

Rose Fertilizers / Pembajaan mawar


Post ini sy tuju khas buat cik syamimi yg sudi meninggalkan mesej di email sy..

sy meminta maaf banyak2 kerana lambat buat post ni.. coz kesibukan tugas harian.

Sebelum ini saya ada juga menulis mengenai pembajaan di bawah tajuk Asas Penjagaan Rose .  Tetapi ianya terlampau ringkas dan kali ini saya akan bercerita lebih lanjut lagi mengenai pembajaan rose.

Kenapa perlunya pembajaan??

Seperti yg kita semua tahu, rose sentiasa mengeluarkan bunga yang cantik dan harum.  Warnanya yang menyerlah serta kelopaknya yang indah.. sudah tentu memerlukan 'tenaga' yang banyak... 'tenaga' yang saya katakan sudah semestinya terhasil daripada pembajaan yang mencukupi.

Dan pembajaan ini adalah perkara wajib bagi memastikan rose kita sentiasa sihat dan segar. (Macam kita manusia lah.. kalo x cukup makan, kan kita akan cengkung.. kurus melidi.. kalau cukup makan.. cukup zat.. kita akan sihat dan ceria..)

Ia juga membantu rose tumbuh dengan sihat dan mempunyai daya pertahanan dari serangan penyakit-penyakit rose seperti serangan kulat (blackspot,powdery mildew dll), serangan serangga (thrips, aphids dll) dan tekanan persekitaran (perubahan suhu dan cuaca).

Apakah mineral paling asas yang perlu ada didalam baja??

Sebenarnya rose seperti pokok-pokok yang lain, yang memerlukan kuantiti NPK yang mencukupi untuk memastikan ianya kekal sihat dan membesar. NPK yang saya maksudkan adalah :

Nitrogen (N) = untuk tumbesaran dedaun dan batang
Potassium (P) = untuk membantu menguatkan sistem akar dan pengeluaran bunga
Phosphorus (K) = untuk tenaga dan meningkatkan sistem ketahanan pokok

Sumber NPK boleh dirujuk melalui pautan Choosing a Rose Fertilizer . (credit kepada Mr. Gary Antosh)
Oleh itu, jika anda inginkan rose yang sihat dan rajin mengeluarkan bunga, amalkan pemberian baja yang sesuai (yang mengandungi kuantiti NPK yang diperlukan) dan pastikan baja diberi secara berkala dan tetap.  Kuantiti NPK yang diperlukan adalah 1:2:2 atau 2:3:1. 

Apakah pilihan baja yang ada di pasaran??

Organik :

  • Hasil buangan binatang seperti tahi ayam, tahi kambing, tahi arnab dll (pastikan ianya telah diproses / diperam terlebih dahulu supaya kuman dan bakteria terhapus dan ia tidak panas)
  • Hasil buangan dapur seperti kulit bawang, isi perut ikan, kulit dan lemak ayam, kulit dan kepala udang, kepala ikan bilis, serbuk teh dll.
  • Hasil buangan yang telah menjadi kompos seperti tulang ikan dan kulit buah-buahan.
  • Anda juga boleh membuat baja sendiri ~ sila rujuk post saya Home Made Fertilizer??
Kimia :

  • Baja jenis kimia adalah baja sintetik (synthetic) yang diproses dan dijual oleh pelbagai jenis label.
Cara tindakan??

Organik :

  • Baja organik memerlukan masa untuk proses penguraian.  Dan ini menyebabkan ianya bertindak secara perlahan-lahan (slow release) dan ini menjanjikan rose mendapat khasiat secara berterusan. 
  • Tahan lama (long lasting).
  • Mesra alam
  • Murah dan menjimatkan
Kimia :

  • Ia bertindak dengan pantas.  Dan selalunya menjadi pilihan kerana mudah (telah tersedia mengikut NPK yang dikehendaki).
  • Namun ia selalunya bersifat 'panas' dan boleh membuatkan pokok 'terbakar' jika tersalah kuantiti.
  • Harga bergantung kepada kualiti dan jenama.
Mana satu yang lebih baik??

Sebenarnya kedua-dua jenis baja (organik atau kimia) mempunyai kelebihan yang tersendiri.  Asalkan ianya terjamin mengandungi semua jenis mineral yang diperlukan oleh rose dan tidak memudaratkan microorganisma di dalam tanah, struktur tanah dan pokok rose itu sendiri.

Jesteru itu saya kadang-kala menggunakan baja organik dan baja kimia secara berselang seli.  Jika minggu pertama saya menggunakan baja organik, maka minggu kedua saya akan menggunakan baja kimia.  Itu terpulang kepada pilihan anda sebagai pengguna.

Berapa kerap saya perlu membaja??

Jika anda inginkan rose yang rimbun dengan dedaun yang segar bugar, membesar dengan sihat dan pesat, berbunga dengan banyak dan meriah pastikan anda membaja rose anda sekali seminggu.

Berapa sukatan kuantiti baja yang diperlukan??

Jika baja yang dibeli mempunyai label arahan penggunaan, sila patuhi arahan tersebut. 

Perlu diingatkan kuantiti baja perlulah seimbang dengan size pokok tersebut, bukannya size pasu. 

Contohnya, jika pokok tersebut x sampai 1 kaki tetapi ditanam didalam pasu yang besar tempayan, jangan lah pula anda beri baja untuk size pasu besar, tetapi beri kuantiti untuk pokok kecil (mengikut size). 

Lagi besar pokok, lagi banyak kuantiti baja yang diperlukan.

Bilakah waktu yang sesuai untuk saya membaja???

Waktu paling sesuai untuk kita membaja ialah pada waktu pagi dimana pada waktu tersebut, pohon akan memulakan proses fotosintesis.

Namun tidak salah jika anda ingin membaja pada waktu petang, asalkan tidak pada waktu tengahari.  Mesti ada yang bertanya mengapa tidak boleh membaja pada waktu tengahari.. Jawapannya senang je.. kan selepas membaja kita perlu menyiram pokok tersebut, dan seperti semua sedia maklum, menyiram pokok pada waktu tengahari amat tidak digalakkan kerana dikhuatiri akar akan terganggu.

Cara-cara membaja??

  • Mula-mula anda perlu sediakan baja yang ingin diberikan kepada rose.  Saya selalunya akan membuat campuran baja udang, baja tahi ayam dan baja ikan dengan kuantiti 2:1:1.
  • Seperti biasa, sediakan sarung tangan dan facemask.  Sarung tangan untuk memastikan kebersihan, takut nanti tangan kita terlekat kuman (yelah nama pon baja tahi ayam)... facemask pula untuk membantu kita dari terhidu bau baja tahi ayam yang busuk tu.
  • Kemudian bila anda telah bersedia, letakkan baja tersebut didalam pasu mengikut kuantiti yang sesuai.
  • Setelah selesai, terus siram pokok anda dengan air yang banyak.  (Ini adalah perkara WAJIB).

Tips lain mengenai proses pembajaan :

  • Seeloknya gembur dahulu pokok anda sebelum membaja.
  • Sentiasa letakkan baja jauh dari perdu/batang pokok.
  • Anda boleh membuat teknik 'pocket' bagi tanaman pasu kecil.  Teknik 'pocket' ialah mengorek lubang di pasu anda (jauh dari pangkal/batang pokok) dan tanam baja tersebut.  Ini adalah bagi mengelakkan baja tersebut teralih ke perdu/batang pokok semasa proses penyiraman.
  • Bagi baja dari bahan buangan dapur boleh merujuk post saya Baja dari dapur (jimat ooo) .
  • Jika anda baru hendak mencuba baja (kimia) pastikan anda letakkan sedikit dahulu baja tersebut (kurangkan daripada sukatan yang telah diberikan di label).  Dan cuba pada 1 pasu sahaja.  Jika tiada kesan-kesan terbakar anda boleh teruskan dengan sukatan yang sebenar dan beri baja ke pasu anda yang seterusnya.

Ini antara baja yang ada di pasaran.  Ok jugak baja ni..













14 comments:

  1. perkongsian penting.. tkasih..

    ReplyDelete
  2. @fizzi
    terima kasih juga coz sudi singgah..

    ReplyDelete
  3. mencari baja jenis Ros v125 organik fertilizer 47A 45D Australia... ada sapa2 tahu mana nak dapat agen di Malaysia..?

    tq

    ReplyDelete
  4. salam...boleh kongsi beli rose dimana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kt seremban ada nursery rose..

      Delete
    2. Nk jenis ros yg cantik datang cameron. Saya beli kt situ banyak jenis boleh kita dapat.. Saya mencari ros hitam ada siapa yg tanam

      Delete
  5. sy nak tanya , kalau kita guna baja daripada hampas teh dan kopi boleh ke ? cukup x zat dan khasiat untuk pokok ?

    ReplyDelete
  6. Bermanafaat.... terima kasih

    ReplyDelete
  7. saya suka guna baja kimia. kesan langsung cepat tapi jangan berlebihan.

    ReplyDelete
  8. Penjagaan rose ni tak rumit tapi kena ada minatlah kan. Thanks atas info, mungkin dapat perbaiki teknik menanam nanti.

    ReplyDelete
  9. Apakah baja urea sesuai utk mawar..?

    ReplyDelete
  10. Pesakit radang paru-paru Copd

    En. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.

    Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete