CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 7 September 2011

Blackspot a.k.a Bercak Hitam II

Erm.. lama saya tidak update blog ini.. bukan ape.. saya tidak ada mood untuk bercerita mengenai rose di laman saya... mana tidaknya... hampir sebulan lebih rose saya bertarung dengan serangan blackspot..

Namun begitu.. akhirnya saya berjaya mengatasi serangan blackspot tersebut.. dan semua rose di laman saya telah kembali sihat seperti biasa... (bulan Ogos)

Tapi yang sedihnya ialah.. musim hujan kembali lagi di bumi bertuah ini.. tiap-tiap hari hujan akan turun.. hujan lewat petang / malam pula tu... alamak...MUSIM HUJAN = MUSIM BLACKSPOT..

Mengapa saya katakan musim hujan adalah musim blackspot??? ini adalah kerana.. air di daunan tidak sempat mengering pada malam hari.. dan keadaan ini menjana kehadiran blackspot...

Dan akhirnya hari ini, pokok rose di rumah saya kembali 'togel' akibat banyak kehilangan daun.  Cuma yang membezakan ialah.. saya tidak lagi mudah berputus asa... saya hadapi permasalahan ini dengan bertenang.. (huhu..)

daun yang terkena jangkitan blackspot


saya masih mengamalkan tips2 yg sy perolehi .. iaitu membuang semua daun-daun yang terkena jangkitan blackspot..  oleh kerana itu, mata perlu lebih peka... kerana ditakuti terdapat daun-daun yang terkena jangkitan blackspot dicelah rimbunan daunan yang sihat.. (saya perhatikan, jika ada tertinggal walaupun sehelai daun yang terkena jangkitan.. esoknya ia akan berjangkit kepada 2-3 papan daun sihat yang berhampiran..)


Dan paling penting, perhatikan juga dibawah daun-daun yang sihat.... kadang-kadang.. bahagian atas daun nampak sihat..tetapi sebenarnya dibawah daun terdapat tanda-tanda blackspot...


Begitu juga di tangkai daun dan juga buds.. jika ada tanda-tanda blackspot jangan 'segan-silu' untuk membuangnya...


masukkan daun/tangkai daun dan juga buds yang terkena jangkitan ke dalam plastik yang berikat kemas dan buang sejauh yang mungkin atau bakar..


Setelah selesai.. basuh tangan anda kerana kita tidak mahu tangan kita menjadik media pengantaraan untuk blackspot berkembang.. (selalunya spora kulat akan melekat di tangan jika kita menyentuh dedaun yang terkena jangkitan..)


Akhir sekali rajin lah menyembur racun organik...


AWAS.. DI NOTA TERDAHULU SAYA ADA MENGATAKAN YG SAYA MENGGUNAKAN RACUN KIMIA IAITU ZINEB..  SAYA TELAH MENEMUI SATU ARTIKEL BERKENAAN PENGGUNAAN RACUN ZINEB .. IA BAHAYA UNTUK KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR.. JADI JANGAN SEKALI-KALI GUNAKAN RACUN TERSEBUT..


Salah satu cara untuk membuat racun organik ialah..


Dengan mencampurkan 2 sudu makan tepung bikarbonat dan juga beberapa titis cecair pencuci pinggan.. kemudian campurkan air anggaran 3 liter.. simpan semalaman dan esoknya bolehlah digunakan dengan menyembur bancuhan tersebut ke daun-daun rose..


Nota : Berhati-hati dalam membuat bancuhan racun organik di atas, kerana jika terlebih sukatan, daun-daun rose akan kering dan gugur.








0 comments:

Post a Comment