CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 26 October 2011

Bekas Penyembur (Sprayer)


Kali ini saya ingin bercerita tentang bekas penyembur (sprayer)..

Apa pentingnya bekas penyembur?? isk.. penting tu.. bayangkan tiap2 minggu kita perlu menyembur racun serangga dan kulat  (x kisahlah organik atau pon kimia) kita perlukan bekas penyembur yang berkualiti baik untuk memudahkan kerja-kerja penyemburan dilakukan.. termasuklah jika ingin menyembur baja cecair (baja daun).

Bekas penyembur ini boleh didapati dalam pelbagai size samada 1liter, 2 liter dan sebagainya...

Seeloknya bagi peminat rose yang mempunyai byk koleksi seperti saya.. perlu mempunyai bekas penyembur sekurang-kurangnya size 5 liter bagi memudahkan kerja-kerja.  Senang.. x perlu bancuh racun berulang-ulang kali...cuma perlu bancuh 2 kali je.. sebab kebiasannya pasu rose saya yang hampir 85 pasu itu memerlukan 9 liter (racun yg telah siap dibancuh dengan air biasa) setiap minggu..

Bekas penyembur ini boleh didapati di kedai-kedai hardware dan mana-mana pasaraya (tesco, carefour dll)...

Harganya pula ada pelbagai.. tp yang penting.. survey dahulu harganya dan barulah anda beli.. kerana mengikut pengalaman saya dan rakan-rakan... harga penyembur ini berlainan antara satu kedai dgn kedai yang lain.  Sebagai contoh, rakan saya telah membeli bekas penyembur (jenama dan size yang sama) di salah sebuah kedai hardware dgn harga RM100++  manakala rakan saya yang lain pula membeli bekas penyembur yang sama dgn harga kurang dari RM50.

Di Tanjong Malim ini sahaja.. terdapat banyak kedai hardware yang menawarkan harga yang berbeza-beza.. dan yang pasti semuanya mencapai harga RM80++..

Tetapi berkat kesabaran (cewah..) saya dah kakak kembar saya.. saya berjaya membeli bekas penyembur tersebut dengan harga RM45.00.

Dulu, sebelum saya membeli bekas penyembur ini, memang satu perkara yang sukar untuk saya menyembur racun.. (waktu itu sy gunakan penyembur 1 liter).. sakit-sakit tangan saya memicit pam tersebut).. tetapi sekarang.. semuanya mudah dan cepat...

Jadi apalagi.. cepat2 lah serbu ke kedai hardware / supermarket berdekatan anda.. (promosi bagus nih.. hehe..)



5 comments:

  1. Betul... Nak serbu kat mana kalau kedai berhampiran tu? Saya minat rose juga tapi tengah merancang lagi.

    ReplyDelete
  2. sy nak beli tp di mana nak belinya

    ReplyDelete
  3. Tolong info kawasan shah alam sy nk beli 1 plizz betul2 nk

    ReplyDelete