CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 26 October 2011

Rose Kampong Pink

Semalam seluruh rakyat Malaysia bercuti.. cuti umum bagi perayaan Deepavali.  Saya tidak kemana-mana, cuma menguruskan rumah dan yang paling penting, meluangkan masa bersama-sama kakak untuk membelek rose dilaman..

Seperti biasa, pagi2 lagi saya sudah 'terbongkok2' mencari dan membuang daun-daun yang dijangkiti blackspot, (banyak juga daun yang terpaksa saya buang..lebih kurang 2 beg plastik besar) kemudian membaja, menyiram dan menyembur pesticide dan racun fungus..

Setelah selesai, barulah saya bersantai-santai melihat rose2 yang berkembangan...

Antara yang menarik minat saya ialah rose Kampong Pink..

Rose ini saya beli di Nursery Lot. 57, Green Lane, Sg. Buloh.. RM12 sepolibeg (pkk x sampai sekaki tinggi)...

Waktu tu saya tidak tahu bahawa rose kampong pink ini boleh didapati di nursery-nursery lain yang menawarkan harga yang lebih murah iaitu dalam RM5-RM7 sahaja sepolibeg..

Lama juga saya menanti rose ini berbunga.. kerana saya difahamkan, rose ini hanya akan berbunga apabila ianya sudah tinggi dan rimbun..

Dan kini ianya berbunga lagi buat sekian kalinya.. memang cantik dan harum...

Saya pernah juga memotong dahan rose ini dengan 'kejamnya' (potong lebih daripada 1 kaki)... konon2 untuk mengelakkan ianya meninggi sangat.. (menurut rakan-rakan saya.. rose ini boleh meninggi hampir 5-6 kaki).. Tetapi akibat perbuatan kejam saya itu, rose ini 'merajuk' tidak berbunga agak lama... setelah ia meninggi kembali.. barulah ia mula berbunga kembali.. dan kini, saya tidak berani lagi untuk memotongnya terlalu banyak..

Rose kampong pink ini saya tanam didalam pasu.. tetapi ianya akan menunjukkan prestasi yang lebih baik jika ditanam diatas tanah.  Durinya pulak terlau tajam dan berbentuk cangkuk.. sudah banyak kali jejari saya terluka akibat tersangkut duri..

Satu perkara yang saya perasan ialah.. daun rose ini yang dijangkiti blackspot akan berubah menjadik kering dan berlubang-lubang.. berbeza dengan daun rose lain yang telah dijangkiti blackspot.. cuma berubah warna menjadik kuning dan terus luruh..

Apa pon, rose kampong pink ini benar-benar mencuit hati saya...









4 comments:

  1. memang cantik.. wangi..

    ReplyDelete
  2. Tgh cari ros ni jgk skang ni.... Msh dlm wishlist...

    ReplyDelete
  3. Tumpang tya, sume ros yg wangi leh dibuat sirap ros ke... Penah x buat sirap ros dgn kelopak ros wangi yg ditanam sendiri?

    ReplyDelete
  4. sy selalu minum sbg teh bunga rose 😜

    ReplyDelete