CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 21 June 2011

Asas Penjagaan Ros

Saya bukanlah pakar di dalam penjagaan rose.  Rose di laman saya juga tidaklah sesempurna mana. Almaklumlah saya juga baru berkecimpung didalam dunia penanaman rose ini.


Namun saya bernasib baik kerana ditemukan dengan seorang sifu rose di alam maya (CARI FORUM)... melalui pembacaan saya di dalam blog beliau dan beberapa siri chit chat saya dan rakan-rakan di CARI Forum.. telah membuatkan saya serba sedikit tahu tentang asas penjagaan rose.  Jika dahulu saya anggap menanam rose adalah perkara yang sukar dan mustahil, (kerana rose saya akan mati setelah 2 bulan berada di dalam jagaan saya) tetapi kini tidak lagi... bagi saya rose adalah tanaman yang senang dijaga andai kita tahu cara-cara penjagaannya dan sentiasa pula mengamalkan asas penjagaan itu..
Dibawah ini saya kongsikan asas-asas penjagaan rose yang telah saya perolehi hasil bimbingan sifu rose (raf rossa) :


Pencahayaan


Rose adalah tanaman yg suka n rajin mengeluarkan bunga yang cantik.  Kerana itulah rose memerlukan 100% cahaya matahari.  Jadi bagi memastikan pokok rose sihat dan berbunga cantik, pastikan rose tersebut mendapat sekurang-kurangnya 6 jam cahaya matahari setiap hari.


Pengudaraan


Rose sukakan pengudaran yang baik.  Jadi janganlah tanam rose berhampiran dengan halangan seperti dinding/pagar batu atau apa2 objek yang boleh menghalang udara/angin bergerak bebas melaluinya.  Pastikan juga jarak antara 1 rose ke rose yang lain jauh antara satu sama lain.  Ini kerana jika rose berada didalam keadaan yang 'terperap' pelbagai jenis penyakit akan datang bertandang seperti redmites, spidermites dan blackspot.


Pengairan / pengaliran air


Jika anda menanam rose didalam pasu, pastikan medium tanaman yang anda gunakan adalah yang jenis bersaliran baik.  Kerana rose tidak sukakan air yang bertakung.  Begitu juga jika anda menanam rose di atas tanah dilaman anda.  Pastikan kawasan itu mempunyai tahap pengaliran air yang baik.  Oleh itu sebelum menanam rose anda, siram dahulu air dengan kuantiti yang banyak ke dalam pasu/kawasan yang hendak ditanam rose.  Jika air tidak bertakung, maknanya ia mempunyai pengaliran air yang baik dan begitulah sebaliknya.


Air


Rose memang sukakan air dan memerlukan banyak air.  Jadi siramlah tanaman rose anda 2 kali sehari dengan kuantiti yang secukupnya.  Pertama di pagi hari, kalo rajin semburlah rose anda dengan air yang deras.  Sembur air itu ke arah dedaunnya supaya kalo ada mites, mites itu akan lari kerana ia tidak sukakan air.  Petang pula siram selepas pukul 3 petang kerana diantara jam 12pm -3pm adalah waktu yang panas dan dikhuatiri akar akan terganggu jika anda menyiram pada waktu ini.


Nota : Jangan sembur pokok rose anda semasa menyiram air pada waktu petang kerana dikhuatiri air tidak sempat menyenjat.  Jika terdapat air di daun pada waktu malam.. akan menyebabkan blackspot.


Baja


Anda boleh menggunakan apa-apa jenis baja.  Namun bagi pendapat saya dan rakan-rakan yang lain (CARI FORUM) baja yang terbaik ialah baja udang dan diselang seli dengan baja tahi ayam.  Anda juga boleh menggunakan baja ikan, baja soya atau pon baja kimia.  Tapi awas, jangan gunakan baja kimia dengan kuantiti yang banyak pada satu masa yang sama kerana dikhuatiri akar terganggu kerana baja kimia 'panas'.  Bajalah pokok rose anda seminggu sekali dengan kuantiti yang disyorkan.


Nota : Gunakan sikit dulu baja kimia.  Tunggu dan lihat hasilnya, jika pokok ok dan tidak ada tanda-tanda terbakar, baru teruskan pembajaan dengan kuantiti yang disyorkan.


Kawalan perosak tanaman


Setiap 2 minggu sekali, sembur tanaman rose anda dengan racun organik ataupun 'racun' buatan sendiri yang lebih selamat untuk alam sekitar dan diri sendiri.


Namun jika serangan ditahap yang agak kritikal, terpaksa gunakan racun kimia.  Namun begitu dapatkan dahulu info dan maklumat mengenai racun kimia tersebut sebelum digunakan dan pastikan anda telah mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya.

12 comments:

  1. info yg bagus...thanks

    ReplyDelete
  2. di mana nak dapatkan baja ikan? thanks

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana berkongsi

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana berkongsi

    ReplyDelete
  5. Nk ty..boleh x sy tnm pokok ros kt car porch..umh teres je..xde ruang nk tnm...tlg bg pendapat ye...

    ReplyDelete
  6. Nak tanya.. Apa jenis racun buatan sendiri? Dan bgaimana cara nk buatnya?

    ReplyDelete
  7. saya tinggal di apt. masalah saya,lepas 2-3hari alih ke pasu besar,daun mula kuning & putik bunga layu.batang pokok macam melecur. macam mana nak atasi masalah ni? TQ.

    ReplyDelete
  8. Spt kata cik roziah M di atas, bunga ros putih saya mula layu daun2 nya serta btg mcm nk mati ja..stiap hari pula sya siram..knapa jd bgini ya? Plus sya letak kt beranda bilik..cmna nak atasi nya. Tq

    ReplyDelete
  9. Syukran di atas info

    ReplyDelete
  10. Nak tnya... mcm mna nak jga ros yg dihadiahkan... xsanggop nak tgk dia layu... 😭😭😭

    ReplyDelete