CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 9 June 2011

Blackspot a.k.a Bercak Hitam

Dua minggu kebelakangan ini, adalah minggu yang sukar dan minggu yang menyedihkan untuk saya... dimana rose2 dilaman saya telah diserang blackspot.... (saya tercari2 nama lain untuk blackspot... dan apa yg saya jumpa adalah perkataan 'bercak hitam'... adakah ianya bahasa melayu atau bahasa indonesia???) erm...

Blackspot adalah penyakit yang disebabkan oleh fungus... ia menyerang daun-daun rose dimana terdapat bintik hitam di daun dan ianya akan bertukar menjadi bulatan hitam yang besar dan daun menjadi kuning... jika dibiarkan ianya akan merebak ke daun2 rose yang lain... akibatnya... pokok akan 'togel' kerana tidak berdaun??? Dan kalo dibiarkan juga.. pokok akan mati???

Oleh itu saya terus mencari cara2 untuk mengatasi blackspot... dan apa yang saya amalkan sekarang ini ialah  membuang semua daun yang terkena jangkitan dan memasukkan daun tersebut di dalam karung plastik yang diikat kemas dan terus dibuang.  Saya tidak membiarkan walau sehelai daun yang terkena jangkitan itu berselerakan di laman saya..

Kemudian saya menggunakan racun kulat yang mempunyai bahan aktif macozeb ataupun propineb.  Dan yang terbaru, saya telah membeli racun kulat yang mempunyai bahan aktif zineb.




Harap2 rose di laman sy akan sembuh dari serangan blackspot.










2 comments:

  1. Aritu ada ambk keratan rose kt rmh akak ipar.. Daun sume buang psl ada black spot. Tp sampai skang (dh smgu semai) lom kuar2 ld daunnya. Btg msh hijau. Ari2 siram n ltk tpt teduh. X tau la dh berakar ke lom. Kalo dh berakar mesti kuar daun kan..

    ReplyDelete