CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 23 October 2011

Hoya Latifolia

Hoya Latifolia saya sudah berbunga!!!! Hepi sesangat..
Bayangkan hampir setahun saya menanti ia berbunga.. memang satu penyiksaan..
tp saya tabahkan hati.. teruskan menyiram tiap2 hari..
memberi baja humus jepun (biji kecil hitam berbau nescafe)
dan akhirnya penantian saya telah berakhir...

Hoya Latifolia ini saya beli daripada rakan yang saya temui di Laman CARI Forum..
boleh dikatakan hampir kesemua hoya2 saya saya perolehi daripada beliau..
memang berbaloi untuk dimiliki.. bagi sesiapa yang berminat boleh ler ke blog beliau http://jualanshiros.blogspot.com/

Tetapi saya ada juga temui hoya latifolia ini di sungai berhampiran pejabat saya.
Saya masih ingat lagi.. waktu tu cuti hari minggu.. oleh kerana sudah lama tidak berkelah.. saya dan kakak membawa anak buah saya ke sungai tersebut .. pemandangannya memang cun giler.. segar je mata memandang.. hijau sana sini..
tiba2 saya ternampak hoya latifolia ini bergayutan di pohon2 di sekitar tebing sungai..
apa lagi.. saya dan kakak pon bersusah payah memanjat ..
dan akhirnya saya dapat mengumpulkan 6 jenis hoya.. paling banyak si latifolia ni lah..

Bunganya tidak ler besar sangat.. tp amat menarik minat saya...
Daunnya seakan-akan daun sirih tetapi tebal.. nengok daunnya saja boleh buat saya terpukau..
inikan pula bunganya... x percaya???? nk bukti???
ok.. tengoklah gambar dibawah.. (sorry ye.. ni gambar dah overbloom nih)..







2 comments:

  1. mcm daun mas cotek jer..

    ReplyDelete
  2. Di mana boleh saya dapat rambler ros berwarna putih?

    ReplyDelete