CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 3 October 2011

Oh..Rose Cameron Highlands II

-Ini adalah sambungan daripada Oh.. Rose Cameron Highlands I-

Seperti yang saya katakan sebelum ini, rose CH selalunya akan mati di tangan saya setelah seminggu dibeli.  Waktu itu, saya masih dengan 'fikiran bodoh' saya.. iaitu, rose CH perlu diletakkan di dalam rumah/ tempat yang terselindung dari cahaya matahari.  Ini kerana saya fikir di CH tidak panas jadi, rose CH mesti tidak mahukan tempat yang panas.  Tidak cukup dengan itu, saya letakkan rose saya berhimpitan dengan pokok2 yang lain dimana ianya menyebabkan keadaan yang lembab dan mengundang spidermites.

Dan akhirnya rose2 saya itu akan mati dan saya akan tertanya-tanya sendiri.. Mengapa ianya terjadi???

Akhirnya saya menemui jawapan yang sebenar.  Rupa-rupanya rose CH memerlukan cahaya matahari seperti biasa.  Cuma pada awal pembelian ianya perlu menjalani 'hardening process' supaya ia tidak terkejut dengan perubahan cuaca dan tekanan..

Hardening Process (hasil tunjuk ajar sifu raf) :

Minggu 1-2

Letakkan rose anda di tempat yang separa tertutup seperti di beranda, di porch dan di tepi tingkap.  Dimana ianya masih mendapat cahaya dan pengudaraan yang baik cuma tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari panas. 

Namun begitu, pastikan anda meletakkan rose anda dibawah 100% cahaya matahari pagi kira-kira 2-3 jam.  Paling baik dari jam 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Siram rose anda pada waktu pagi dan petang.. tetapi jangan terlalu banyak air kerana memandangkan rose tersebut tidak terdedah kepada cahaya matahari terus dalam jangka waktu yang panjang dikhuatiri tanah menjadi lembab.

Dalam tempoh ini, anda boleh membiarkan bunga rose anda berkembangan mekar atau jika tidak mahu ada boleh juga memotong bunga tersebut untuk memberi rose anda lebih tenaga.

Dan ingat.. dalam tempoh ini, jangan baja rose anda.


Minggu 2-3

Bawa rose anda menikmati 100% cahaya matahari pagi dari jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 tengahari.  Petangnya anda boleh letakkan kembali rose anda ditempat yang agak redup.  Dan pastikan pada akhir minggu ketiga, anda beransur-ansur letakkan ianya lebih lama dibawah cahaya matahari.  Mungkin dari jam 8.00 pagi sehingga jam 3.00 petang. Mengikut keadaan pokok tersebut.  Dan pada tempoh ini, pastikan anda menyiram rose anda 2 kali sehari dengan air yang secukupnya. (Secukupnya bermakna anda perlu menyiram sehingga air mengalir dibawah pasu).

Minggu 4

Pada waktu ini, rose anda sudah belajar dan biasa dengan cahaya dan keadaan di laman anda.  Tukarkan ia kedalam pasu yang lebih besar dan letakkan ia ditempat yang mendapat 100% cahaya matahari dan biarkan ianya disitu untuk membesar.  (Penting untuk menukar rose anda ke dalam pasu dan tanah baru.  Kerana saya pernah ter 'skip' langkah ini, akibatnya rose saya jadi merana dan kurang zat.. makan masa berbulan untuk ia pulih semula).

Dalam tempoh ini, rose anda akan mula mengeluarkan tunas dan akhirnya daun baru.  Pada waktu ini, saya akan membuang semua buds yang ada bagi memberikan pokok rose lebih tenaga untuk membesar dan mengeluarkan daun baru yang sihat.  Tetapi terpulang kepada anda, anda boleh membiarkan ianya berbunga jika anda suka. 

Pastikan anda memberi rose anda baja supaya ianya boleh membesar dan mengeluarkan bunga yang cantik.  Pada masa ini, anda akan dapati size bunga, daun dan warna dan bentuk bunga akan berubah.  Namun begitu ianya tetap cantik dan hebat..

Nota : Seorang rakan pernah memberitahu saya bahawa dia tidak pernah menggunakan cara diatas untuk pokok rose ch yang dibelinya.. tetapi sebaliknya dia terus membuang semua daun dan semua buds rose tersebut dan terus letakkan dibawah 100% cahaya matahari.  Dan rose CH nya tetap hidup subur.  Saya tidak pernah mencuba cara rakan saya itu.. kerana takut pokok rose ch sy akan mati, tetapi mungkin suatu hari nanti, saya akan cuba untuk tujuan experimen... (hehe..)




Minggu 1-2


Minggu 2-3 (Waktu Petang saya biarkan didalam rumah)

Minggu 4 (Telah saya tukarkan kedalam pasu yang lebih besar)




































8 comments:

  1. Ramai yg ckp ros ch x blh hidup disebabkab penggunaan ubat disana,betul ke?

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang bermanfaat. thanks again! ~ Ummu Darwish

    ReplyDelete
  3. Akak jom ws, bnyk benda yg sy nk tnye pasal bunga ros cameron highland ni. Add ws sy, 0195957996 😊

    ReplyDelete
  4. Sy pun br beli kak nak Cuba Cara akak ni.klu jadi sy nak beli lg Sbb bunga ros adalah bunga favorite sy.😀

    ReplyDelete
  5. Terima kasih di atas perkongsian ilmu ini, saya pernah duduk di CH selama setahun, tapi tak pernah beli bunga sebab biasanya mesti mati.

    ReplyDelete
  6. So first terima pokok ros just siram air sikit,means spray tanah..n letak di tempat separa cahaya matahari,then after 4 weeks baru ubah ke pasu besar ..ok tq..sbb pokok rose sy selalu mati sbb bila sampai je sy terus tukar pasu sbb,tanah dia terkeluar mungkin sistem delivery yg x proper.

    ReplyDelete
  7. Hebat. Byk oerkara yg dot saya pelajari

    ReplyDelete