CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 3 October 2011

Rose Cameron Highlands vs Rose Sg. Buloh (Low Land)

Baru-baru ini ada rakan saya yang bertanya kepada saya.. antara rose CH dan rose Sg. Buloh.. mana satu yang saya lebih suka???

Sebenarnya agak sukar untuk saya menjawabnya.. kerana bagi saya.. saya sukakan kedua2nya.  Bunga rose Sg. Buloh, tidak perlu 'hardening process'.  Bunganya tidak berubah, dari masa pembelian sehingga berada dilaman.  Sedangkan rose CH memerlukan 'hardening process' dan bunganya akan berubah.  Namun ianya tetap cantik dimata saya.

Ketahanan penyakit pun sama juga.  Cuma rose mini CH memerlukan penjagaan yang lebih kerana ianya bersifat merimbun dan ini menyebabkan blackspot mudah menyerang (kerana daun x sempat kering akibat terlalu rimbun).

Harga 1 polibeg rose di Sg. Buloh bermula serendah RM5.00 sehingga mencapai RM8.00 mengikut size.  Ada juga yang dijual didalam pasu terracota yang berharga RM12++ mengikut size.

Manakala harga rose di CH bermula serendah RM8.00 (pasu plastik) dan meningkat mengikut size.  Kebanyakan rose CH datang dari syarikat YG.

Jadi ianya terpulang kepada anda sebagai pembeli.  Tepuk dada tanya selera... huhu.

Oh ya.. sepanjang pengalaman saya memiliki rose CH, saya perhatikan, rose CH mini, selepas ditogelkan (dibuang semua daun akibat blackspot) ianya akan mula tumbuh tunas baru dan merimbun kembali seperti sedia kala tidak sampai 2 minggu.  Itu yang membuatkan saya sukakan rose CH mini.  Manakala bunga rose CH bukan mini akhirnya akan menjadi seperti size asal  apabila pokoknya sudah matang dan sihat.

Contohnya rose merah CH saya ini, sewaktu pembelian, bunganya bersize 4.5" dan setelah berada dilaman saya, ianya mengecil menjadik 2.5-3" sahaja.  Namun begitu setelah setahun berada di bawah jagaan saya.. bunganya membesar menjadik size 4".  Harap2 dengan peredaran waktu, rose saya ini boleh mencapai size asalnya.


SN ~ Early Red (rose CH)

0 comments:

Post a Comment