CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 4 November 2011

Hoya Meliflua

Semalam.. saya baru pulang dari kerja.. penat.. melangkahkan kaki dengan perlahan.. mengagahkan diri untuk memijak anak tangga.. tinggi pulak tu.. aiseyman..


Tiba-tiba kaki yang lenguh.. menjadi segar.. badan yang lesu menjadi cergas..

apa tidaknya.. mata saya tertancap kepada hoya meliflua yang sedang kembang nih..

fuh..agak lama saya tunggu.. baru sekarang dia nak berbunga.. (sabar jelah)

hoya ni cepat membesar, memiliki kadar pertumbuhan yang cepat.. (cuma berbunga je lambat) saya gantungkan di beranda depan rumah saya.. sekarang hoya ni dah melilit ke pokok jeliti .. dah banyak kali saya 'rungkaikan' lilitan tu.. tp dia ni tetap dok nak melilit jugak ke pohon jeliti.. akhirnya saya biarkan sahaja..

Saya difahamkan hoya meliflua ni jenis jarang dijumpai (rare).. tetapi sebenarnya saya ada terjumpa hoya meliflua ni dekat sungai berdekatan pejabat saya..

Tapi tak tahulah pula, saya salah 'mengecam'.. daunnya sama je.. tp yang saya jumpa tu belum pernah berbunga.. jadi saya kena tunggu dulu sehingga dia berbunga..barulah boleh mengesahkannya..

Bunganya ada bau seakan-akan cokelat.. dan tahan lama.. lebih daripada 2 minggu...











Camner kawan2.. suka??? kalau suka apalagi.. cepat2lah gi ke sungai berhampiran anda.. untung2 anda terjumpa hoya ni... tp kalau susah sangat.. beli je.. aritu saya ada ternampak di nursery sg. buloh.. dalam pot siap berbunga.. harganya kurang dari RM20 (pokok kecik sikit)...

2 comments:

  1. saya ada pokok menjalar ni tapi berwarna merah pekat.... tak sempat nak bela sampai melilit2 kat pokok kari dan limau kasturi saya..... mula2 bela cantik dan besar... bila saya abaikan dia jadi kecik jek... kesian pokok ni....

    ReplyDelete
  2. Assallam, saya sedang mencari poko bunga hoya, di Sungai buluh tu di Nusery mana Ya, TQ

    ReplyDelete