Mayang sari ni antara koleksi bunga-bunga wangi yang ada dilaman saya.
Bunganya berjurai, kecil dan berwarna putih. Baunya harum semerbak.
Saya masih ingat, susah payah saya mencari pokok mayang sari ini, dan akhirnya saya jumpa juga... di pesta floria putrajaya tahun 2010.
Harganya saya x ingat dah.. tp memang saya rasa beruntung sangat.. dapat bunga wangi yang makin pupus ni..
daunnya besar seakan-akan daun kesidang.. tp bunganya kecil2. Rajin berbunga jika mendapat cahaya matahari secukupnya. Tp oleh kerana ruang yang terhad di rumah saya.. saya letakkan pokok mayang sari ni di tangga rumah. Menyebabkan ia kurang berbunga dan lambat membesar.
Mayang sari boleh dibiakkan dengan keratan batang. Cuma perlu kerat batang yang sudah matang dah cucuk di tanah.
Memerlukan air yang banyak dan perlu sentiasa dipangkas supaya rajin berbunga.
bunganya kurang kerana x dpt matahari yang secukupnya.. |
walaupun kecil, tapi harum semerbak |
0 comments:
Post a Comment