Tak sabar rasanya nak tunggu hujung minggu... saya dah rancang aktiviti yang perlu saya lakukan pada hujung minggu ni.. aktiviti penanaman semula rose ke dalam pasu yang lebih besar...
setakat ni saya dah listkan rose2 yang bertuah untuk mendapat 'rumah' baru...
antaranya ialah :
1. magic corousel
2. mini pink kg
3. fourth of July
4. paradise
5. platinum
Harap-harap hujung minggu ni janganlah hujan dari pagi sampai petang.. kalau tak susah jugak.... huhu
Erm..mesti ada yang tertanya-tanya bagaimana caranya/kaedah untuk menukarkan pokok rose ke dalam pasu yang baru... ok.. saya akan ceritakan serba sedikit caranya ye.. (terima kasih kepada sifu raf dan rakan2 yg byk mengajar saya.. dan kini saya kongsikan pula disini..)
Bahan-bahan yang diperlukan :
1. Pasu
- Pastikan pasu yang ingin digunakan bersih dan tiada lumut. Kadang-kala pasu yang kita beli di nursery/kedai hardware/kilang pasu dsbnya (tak kisahlah reject atau yang baru) ada kesan-kesan lumut dalam pasu tu. Mungkin cara penyimpanan di sana tidak berapa ok. Kalau ada kesan lumut, sila bersihkan. Gunakan je berus sabut dan juga pencuci.
- Kalau anda menggunakan pasu kitar semula dilaman anda (contohnya dulu tanam pokok lain..pastu nak tanam rose pulak) pastikan pasu tu dibersihkan dengan memberus menggunakan berus sabut dan pencuci. Tapi seelok-eloknya, elakkan menggunakan pasu yang pernah ditanam rose lain yang 'sakit' untuk menanam rose yang baru. Dikhuatiri berjangkit pulak penyakit tu kat rose baru.
- Pilih pasu mengikut size pokok rose. Janganlah pulak tanam rose yang besar ke dalam pasu yang kecil. Bayangkan kalau anda memakai kasut yang kecil dari size kaki anda.. mesti anda tak suka dan kurang selesa kan??? Macam tu jugaklah rose anda. Sebenarnya lagi besar pasu lagi bagus.
- Pilih pasu yang mempunyai bentuk yang sesuai. Contohnya, kalau rose anda jenis yang meninggi, carilah pasu yang besar dan tinggi. Jika rose jenis mini, lebih cantik dan lebih sesuai jika ditanam didalam pasu yang pendek dan lebar.
- Kalau anda inginkan pasu yang besar macam tempayan.. saya syorkan anda beli pasu plastik (baba). Sebabnya?? Iyalah, ringan sikit kalau anda nak alihkan pasu tu nanti. Bayangkan kalau anda beli pasu terracota yang bersize tempayan. Beratkan?? Itu belum lagi ditambah tanah. Fuhyooo.. memang berat. Tetapi itu terpulang kepada anda dan bajet anda. (Saya memang menggunakan pasu terracota je, sebab pasu plastik lebih mahal berbanding pasu terracota).
2. Medium Tanaman (tanah)
Gunakan tanah dengan campuran yang sesuai.
Tips ini saya pelajari dari owner nursery di Tg. Malim dan telah saya pratikkan. Sebelum itu, kita perlu memahami apa kehendak rose. Rose memerlukan air yang mencukupi, tetapi tidak suka dalam keadaan tanah yang menakung air (perlu pengairan air yang baik) dan rose mempunyai akar yang sensitif. Jadi kesimpulannya, kita perlu membuat campuran tanah berikut :
2 bahagian tanah bakar (yang warna hitam tu ler)
1/2 bahagian sekam/sabut kelapa (coco peat) yang halus
1/2 bahagian pasir
Campurkan aje tanah-tanah diatas dan gaul sehingga sebati. Tapi sebenarnya saya terus je beli kat nursery.. dah siap dicampur.. harga??? rm10 dapat 6 paket. 1 pasu terracota size biasa tu guna 1 paket je. Kan senang????
3. Peralatan seperti penyodok kecil
4. Baja udang (x semestinya.. ikut suka)
5. Alas plastik/ surat khabar lama (untuk kemasan, kalau tak berterabur tanah kat lantai)
6. Air
7. Sungkupan contohnya Sabut kelapa (coco peat)
Cara-cara :
- Pastikan tanah rose anda kering. Jangan siram rose anda sebelum proses penukaran pasu. (Contohnya jika pagi ini anda ingin menukar pasu, jadi semalam petang, jangan siram rose anda). Ini adalah kerana, jika tanah basah, rose anda sukar dikeluarkan dari pasu. Nanti akar akan terputus. (pernah terjadi kepada saya tanah rose saya tu kering dibahagian atas, tetapi dibawahnya basah. Saya tarik juga, terputus dua bahagian akar rose saya.. agak lama rose tu merana). Berbeza jika tanah tu benar-benar kering.. jika anda tarik rose anda, ia akan cantik keluar.. tanah bersama akar.. seperti bakul.
- Selepas keluarkan rose anda (bersama-sama seluruh tanah dan akarnya), letakkan di atas surat khabar/alas plastik. Belek sana sini (tapi awas!! jangan sesekali usik atau ganggu akar rose anda). Tujuan membelek tanah ialah untuk memastikan tiada ulat perosak. Yelah, sebelum ni kita tak ada cara nak tengok isi dalam pasu tu kan??.. haa.. inilah masanya kita boleh membelek. Pernah terjadi kepada saya, ada ulat2 kecil seperti ulat beluncas kat akar rose saya..patutlah rose saya 'semacam'.. tak mahu berbunga.. kalau ada apa yang perlu dilakukan?? senang je.. buang aje ulat tu.. mana yang boleh.. yang terkeluar.. tapi jangan sesekali usik akar rose anda atau bongkarkan tanah tu.. biarkan aje.. teruskan menanam ke dalam pasu yang lebih besar.. nanti2 anda boleh beli furadan, bancuh dan siram ke tanah rose anda).
- Masukkan sedikit tanah kedalam pasu baru (lapisan pertama)... kemudian tambahkan baja udang (baja udang je tau.. jangan sesekali taruk baja tahi ayam, atau baja kimia yang lain)... nanti takut akar terganggu. Kalau tak ada baja udang.. tak ape.. ia tidaklah 'wajib'. Cuma untuk menambahkan nutrient pada tanah.
- Tambahkan tanah lagi.. buat selapis je. (agak2 ketinggian rose anda)
- Letakkan rose tadi ditengah2 pasu.
- Tambahkan lagi tanah sehingga menutupi keseluruhan akar pokok.
- Padatkan tanah anda. (jangan tekan-tekan ye.. takut akar terganggu). Padatkan tanah anda dengan menyiram air. Nanti secara tidak langsung udara yang terperangkap akan keluar dan tanah akan padat.
- Buatkan sungkupan menggunakan sabut kelapa/coco peat (yang kasar). Sungkupan dibuat untuk memberikan kelembapan kepada tanah.
Selesai..
Ape?? pening??? tak berapa faham???
iya2.. saya tahu.. agak bosan membaca sahaja tanpa gambar... ok.. insyaallah nanti saya akan tambahkan gambar.. (mungkin minggu depan selepas cuti) .. nanti hujung minggu ni, saya akan ambil gambar proses penanaman semula rose saya ye!!!..
terima kasih banyak2 - fizzi
ReplyDeleteSangat membantu. Thanks!
ReplyDeletepanduan yg berguna untuk newbie mcm saya.tq
ReplyDelete