CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 1 November 2011

Pesticide/fungicide ~ Organik or kimia???

Baru-baru ini, ada rakan yg bertanya kepada saya.. "mana satu lebih baik..gunakan pesticide/fungicide organik atau kimia??"

kalau ikutkan logik akal..memang saya akan jawab dengan lajunya..pesticide/fungicide organik.. confirm..

tp sebenarnya jawapan tu bergantung kepada soalan.. adakah lebih baik kepada rose?? atau lebih baik kepada diri kita sebagai manusia dan alam sekitar???

kerana jawapan saya (mengikut pengalaman saya.. lain orang lain pendapatnya ye) :

untuk rose : pesticide/fungicide kimia lebih baik (berkesan)
untuk manusia dan alam sekitar : semestinya pesticide /fungicide organik

Mengapa saya katakan begitu?? kerana...

Pesticide/fungicide kimia telah dirumus khas dan memberi kesan yang lebih baik dalam menghapuskan serangan perosak berbanding dengan pesticide/fungicide organik.  Tetapi bagi serangan perosak yang 'kecil-kecilan' pesticide /fungicide organik berkesan dan tiada masalah .. namun jika serangan perosak di tahap kritikal.. pilihan pesticide/fungicide kimia adalah yang terbaik.


Dari segi perbandingan harga pula, semestinya pesticide /fungicide kimia lebih murah berbanding penggunaan pesticide/fungicide organik.  (organik mahal ooo.. pokai oden)

Namun begitu, seperti yang kita semua sedia maklum.. pesticide/fungicide kimia memang 'MERBAHAYA' kepada manusia dan alam sekitar..  Mesti ada yang bertanya.. dah tahu bahaya mengapa masih lagi dijual dipasaran????

Jawapannya.. kerana pesticide/fungicide kimia ini dibawah kawalan dan diluluskan oleh Pusat Racun Negara. (Maknanya boleh digunakan.. dan kurang berbahaya jika kita menggunakannya dengan mematuhi arahan-arahan keselamatan yang telah disediakan)

Apa arahan keselamatan tu???

Erm.. selalunya disetiap label pesticide/fungicide kimia tu ada tertulis 'amaran' jadi ikutlah setiap amaran yang ditulis tu.. contohnya :

  • Jangan makan/minum semasa proses semburan dilakukan
  • Jangan ambil/tuai hasil tanaman dalam tempoh semburan dan dalam tempoh 3 minggu selepas semburan dilakukan.
  • kalau terpercik di mata - bilas dengan air bersih (dan dapatkan rawatan doktor jika berlarutan)
  • dan sebagainya.. (boleh rujuk laman web Pusat Racun Negara )

Tetapi yang paling penting ialah semasa proses semburan dilakukan, kita perlu amalkan langkah-langkah keselamatan seperti dibawah :

  • Pakai google/cermin mata khas - untuk melindungi mata
  • Pakai face mask atau penutup mulut
  • Pakai sarung tangan getah
  • Pakai pakaian berlengan panjang (baju yg cover keseluruhan kulit)
  • Pakai kasut tutup
Selepas je siap proses semburan, pastikan anda mandi dengan menggunakan sabun.  Bersihkan (cuci) juga pakaian dan semua peralatan. 

Nampak menakutkan erk??? jangan takut.. sebenarnya.. taklah berapa teruk tahap 'merbahaya'nya.. (cuba tengok pekerja-pekerja ladang dan juga pekebun.. diorang confirm guna pesticide/fungicide kimia..tiap-tiap hari.. sampai bertahun lamanya.. orait je..)

Cuma kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga supaya tiada perkara buruk terjadi.

Berbeza dengan pesticide/fungicide organik.. kita tak perlu risau dan x perlu bersusah payah mengambil langkah keselamatan di atas..  

Jadi kesimpulannya... pesticide/fungicide organik dan pesticide/fungicide kimia ada kelebihan dan kekurangan masing2.. terpulang kepada kita untuk memilih yang mana satu.. tepuk dada tanyalah selera..

Tips : sebelum kita membuat semburan.. basahkan dahulu muka dan tangan.. sebab kalau semburan terkena muka/ tangan.. ia x melekat di kulit.. (credit utk owner nursery lot.57)

Jadi saya gunakan yang mana satu???

Ikut keadaan.. kalau serangan di tahap kecil-kecilan.. saya akan gunakan pesticide/fungicide organik.. tetapi jika organik x mampu menyelesaikan masalah saya.. saya akan gunakan yang kimia..

Tp sekarang ni saya lebih banyak gunakan yang organik berbanding kimia. 


Organic



campuran beberapa jenis racun kimia (beli di nursery Lot. 57) setakat ni.. memang sungguh berkesan untuk thrips

khas untuk hamama (mites)






3 comments:

  1. tkasih berkongsi info ini..

    ReplyDelete
  2. saya dapat makluman bahawa penyemburan racun paling sesuai dilakukan pada waktu petang.. adakah ini benar?

    ReplyDelete