CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 13 December 2011

Nursery Lot. 57 - Sg. Buloh

Hari ni saya nak cerita serba sedikit mengenai nursery rose yang ada di Sg. Buloh.  Terletak di Jalan Sg. Buloh - Subang yang lebih dikenali sebagai Green Lane, Selangor.  Ia terletak berhadapan dengan The Rubber Research Institute Of Malaysia (RRIM).  Nursery Lot. 57 - yang dimiliki oleh Ah Keong.  Taukeh ni seorang yang pemurah dengan senyuman dan ramah tetapi malangnya bukan pemurah bab-bab rega ..isk..isk..

Ia cuma menjual bunga-bunga rose dan adalah sedikit pokok-pokok lain seperti bunga raya.  Anak pokok rose yang ada di situ kebanyakkannya adalah jenis yang jarang/susah dijumpai di nursery lain.  Ini adalah kerana Taukeh Ah Keong ini 'mengimport' rose-rose tersebut daripada luar negeri untuk ditutkan kemudian dijual di Malaysia.

Tetapi hati-hati!! kerana x semua rose di nursery beliau jenis yang jarang/susah dijumpai di nursery lain.  Ada juga rose di situ yang jenis 'biasa' yang mudah dan banyak dijumpai di nursery lain dengan harga yang lebih murah dan lebih berpatutan.

Contohnya : 

Di Nursery Lot. 57, Rose Double Delight dijual dalam pasu kecil dengan harga RM25 sedangkan di nursery lain, satu pasu teracota Rose Double Delight dijual dengan harga serendah RM16 sahaja.

Jadi, bagi peminat rose yang ingin membeli rose di Lot. 57, silalah berhati-hati supaya tidak terbeli rose yang
'biasa' tu.

Untuk mengelakkan terbeli rose yang biasa dijumpai di nursery lain, saya sarankan anda kunjungi dahulu nursery-nursery lain, jika pasti tiada rose di nursery tersebut.. anda bolehlah beralih ke nursery Ah Keong.

Contohnya :

Rose Ebb Tide, cuma ada dijual di Lot. 57 (dan beberapa geng Malaysian Rose Society) tetapi tidak ada dijual di nursery-nursery lain.

Di nursery Lot. 57, harga setiap anak rose dijual dengan harga standard iaitu RM12, RM25 dan RM35 mengikut jenis dan populariti.

Jadi, bagi penggemar/pencinta rose, anda dialu-alukan untuk pergi ke nursery Lot. 57 untuk mencuci mata dan mencuci poket anda..












Oh!! lupa nak bagitau.. bersiap sedia menutup hidung jika anda pergi ke nursery ini.. ada bau busuk 'zoo mini'.. (ada anjing, kucing, monyet dalam kurungan)




23 comments:

  1. spiderlily, info yg berguna.. terima kasih bnyk2 di atas perkongsian ini.. cantik n geram tgk bunga2nya..

    ReplyDelete
  2. @fizzi
    sama-sama.. fizzi, dh pergi ke sana kan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dapatkan waze or gps..terkial2 nak mencarinya..tq

      Delete
  3. belum pernah smp lagi.. insylh.. satu hari nnt..

    ReplyDelete
  4. part zoo ah keong yang mahal tu :)

    ReplyDelete
  5. hahaha.. bau itu yang tak menahan tu.. cepat2 saya lari ke depan.. ekekekek

    ReplyDelete
  6. SALAM..kak, boleh saya tumpang tanye..
    mana nak dapat rose double delight ek?

    ReplyDelete
  7. salam.. nak bershoping kat nursery sg buloh tak menjdi masaalah.. yg penting kena hati2.. byk kes samun , rompak n pecah kereta..coz kat sna dekat ngan ladang getah.. mka byk la indon, myanmar n bangla mencari mangsa..

    ReplyDelete
  8. Zoo mini tu punca pembuatan baja serba jadi untuk bunga ros kot.. hehe.. kat area sg. buloh memang ada banyak nursery.. nak lagi murah kat area jalan ke hospital sg. Buloh tu..

    ReplyDelete
  9. As salam ..Boleh bgtau tak lagi nama2 bunga rose yg luarbiasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Joint kat kelab rose di fb..kat situ segala jenis pokok rose berid boleh didapati..dan boleh belajar menanamnya

      Delete
  10. Salam..nak tanye kedai mane yg boleh dpt harge murah..hihi..sape yg rajin survey..

    ReplyDelete
  11. Salam..nak tanye kedai mane yg boleh dpt harge murah..hihi..sape yg rajin survey..

    ReplyDelete
  12. tq for info..hobi baru akak selepas bersara..tp syg byk beli anak pokok ros ni, bila tanam, mulanya ok tapi tak smp 6 bulan mulalah buat hal...kecut, kering, daun gugur satu2..dan akhir pokok kering hitam dan mati..dijaga rapi pun pokok bunga ros akak kong juga..tq again for ur info

    ReplyDelete
  13. watssap saya 019-8991623

    ReplyDelete
  14. Siapa2 disini boleh bekalkan saya keratan bunga ros tlg watsap saya di 019-8991623

    Helena

    ReplyDelete
  15. Skrg xpyh beli keratan..byk dh seller jual rose on9..bkn rose luar biasa.. english rose mudah d tanam lg2 dgn cuaca malaysia.. ros cameron lak jenis manja.. sy tanam xbyk menjadi..tp english rose kat 100 pokok sy tanam.. ada ebb tide.red intuition..red eden.olog..anvil spark. Nahema..princess alexandra of kent..night owl.charlotte.. ada gak yg mati sbb salah tanah n ms musim ujan akibat kanker.. tp yg mati pun xbyk mana.. dh mati beli smula..id yg sama :)

    ReplyDelete
  16. Skrg xpyh beli keratan..byk dh seller jual rose on9..bkn rose luar biasa.. english rose mudah d tanam lg2 dgn cuaca malaysia.. ros cameron lak jenis manja.. sy tanam xbyk menjadi..tp english rose kat 100 pokok sy tanam.. ada ebb tide.red intuition..red eden.olog..anvil spark. Nahema..princess alexandra of kent..night owl.charlotte.. ada gak yg mati sbb salah tanah n ms musim ujan akibat kanker.. tp yg mati pun xbyk mana.. dh mati beli smula..id yg sama :)

    ReplyDelete
  17. Pasal harga mahal walaupun jenis rose yang sama di lain nursery tu sebab rose lot 57 semua ownroot bukan grafted. Process penghasilan benih grafted lebih cepat compared to ownroot yang lambat,costly & memerlukan budder yang berpengalaman . Rata2 nursery yang jual ownroot mmg harga lebih mahal sedikit.

    Persoalan yang sepatutnya ialah

    "Kalau grafted rose lebih cepat dan murah, mengapa segelintir nursery masih menjual ownroot rose?" ��

    ReplyDelete
  18. saya try pergi cari mcm dah x ada je.. dah roboh buat lrt... sapa tahu pindah dimana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pindah dekat shell atau petronas jln subang airport kalau tak silap.boleh cuba tinjau di sana.

      Delete