CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 3 October 2011

Oh..Rose Cameron Highlands I

Hampir setahun yang lalu, saya betul2 tiada ilmu dalam penjagaan rose.  Bayangkan setiap kali saya membeli rose Cameron Highlands.. ia hanya mampu bertahan dalam jangka masa seminggu sahaja.  Kalau ada yang hidup pun.. bunganya akan berubah warna, bentuk dan size...Dan seperti biasa, saya tertanya-tanya kenapa ianya terjadi?  Akhirnya sy membuat kesimpulan sendiri.. bahawa rose memang tidak boleh ditanam di Malaysia. (Kecuali di Cameron Highlands)

Cuma pada tahun lalu.. saya mengambil langkah yang positif.. dengan mencari maklumat mengenai penjagaan rose di internet... sehingga saya bertemu dengan forum CARI.com.. dan dari situ saya bertemu dgn Sifu Raf yang byk membantu saya..

Barulah saya tahu serba sedikit cara-cara penjagaan Rose yang datang dari tanah tinggi seperti Cameron Highlands...

Menurut Sifu Raf, yang penting sekali selepas membeli rose CH adalah 'hardening process'... terima kasih kepada sifu yang banyak mencurahkan ilmu kepada saya... (untuk panduan dan maklumat yang lebih jelas, sila lawati blog sifu raf http://rosesrosasifu.blogspot.com/ )

Namun begitu, dibawah ini saya kisahkan serba sedikit cara-cara 'hardening process' yang telah saya ikuti hasil tunjuk ajar sifu raf.  Opsss.. sebelum itu, mari saya kongsikan serba sedikit tips membeli rose CH..

(Perhatian : saya masih dalam proses pembelajaran.. masih lagi banyak yang perlu saya pelajari.. tips2 yang saya tulis di dalam blog ini adalah hasil garapan pembacaan saya didalam internet dan hasil tunjuk ajar sifu raf dan saya pratikkan.. )


Proses memilih rose CH..

Seperti yang kita semua ketahui.. rose CH akan berubah size bila berada di laman kita (di tanah rendah)..  Salah satunya adalah kerana faktor perubahan suhu.

Jadi, bila anda inginkan bunga yang besar dilaman anda.. pastikan anda membeli rose CH yang berbunga besar lebih daripada 4".. (sy pernah membeli rose CH berbunga besar 5")

Ini adalah kerana, apabila rose ini berada dilaman anda.. ianya akan mengecil mungkin dari 5" kepada 3"..

Berbanding jika anda membeli rose CH bersaiz 3".. nanti bila berada dilaman .. ianya akan mengecil menjadi 1.5" sahaja...  (bergantung kepada faktor pembajaan, usia pokok dan penjagaannya)

Kebiasaannya.. rose CH yang bersize 3" kebawah ini adalah rose yang dikategorikan sebagai mini.  Mini ini pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
  • Miniatures
  • Minifloras
Kedua-dua jenis mini ini boleh meninggi sehingga 1 - 1.5 kaki ... namun yang membezakannya ialah size bunga miniatures 1- 1.5" manakala bunga minifloras bersize 2 - 2.5 inci.

Rose CH yang bukan mini pula boleh meninggi hampir 2 kaki (dengan sokongan).. dan bunganya pula besar (dilaman saya ianya sebesar 3.5").

Dahulu saya juga keliru.. bagaimana hendak memilih rose mini dan yang bukan mini..

Dan akhirnya saya berjaya juga membezakannya... cuma perlu pemerhatian sedikit ..

Perhatikan daun ~ daun mini lebih kecil dari daun bukan mini

Perhatikan bunga ~ size bunga mini kurang dari 3".  Jika bunga belum kembang penuh.. sila perhatikan size panjang petal bunga.. jika kurang dari 2".. bermakna ianya mini

Perhatikan ketinggian dan kerimbunan  ~ rose bukan mini  kebiasannya dijual dengan ketinggian 1.5-2" dan tedapat 1-2 batang sahaja  disokong dengan kayu/buluh kecil.. manakala rose mini merimbun dan mempunyai bunga yang banyak seperti gambar dibawah :


Miniatures ~ size bunga kurang dari 2 inci

Minifloras ~ size bunga 2.5 inci


Bukan Mini ~ size bunga mencapai 4 inci
- baca sambungan di Oh..Rose Cameron Highlands II 



























 










7 comments:

  1. ok..suka maklumat ini. thanks ~ Ummu Darwish

    ReplyDelete
  2. Assalamulaikum ada tak jenis pokok bunga ros yang agak mudah di tanam untuk permulaan

    ReplyDelete
  3. Assalamulaikum ada tak jenis pokok bunga ros yang agak mudah di tanam untuk permulaan

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Saya ada menjual pelbagai pokok bunga Rose,Dahlia&pokok buah-buahan..
    Berminat boleh direct whatsapp sy 0179310175

    ReplyDelete
  6. (sy pernah membeli rose CH berbunga besar 5")
    warna apa yang ada
    Saya nak beli berapa harganya

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas ilmu yg byk manfaat iniπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete