CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 4 November 2011

Rose Mini Camerons

Melihat blackspot tiap-tiap hari
Sampai juling mataku ini
Mini bukan sebarang mini
Mininya indah dan cantik sekali

Hai, apelah mimpi saya berpantun erk??? entahlah.. mungkin sebab kebosanan di petang2 jumaat ni..


Sekarang ni tiap-tiap hari hujan.  Berpanjangan dari pagi sampai ke petang.. blackspot jangan dibilang.. memang boleh dikatakan tiap2 hari ada daun dijangkiti blackspot..

alamatnya 'togel' baliklah rose2 saya..

Oh ya.. lupa pula saya nak cerita... isnin depan, anak buah saya (yang berusia setahun) akan 'berjejak'...

apa dia berjejak???  berjejak ni adalah salah satu acara untuk adat pantang tanah.  Adat ini terkenal di Negeri Sembilan.  Tapi jangan tak tahu.. di negeri perak ni.. (di gopeng) ada juga adat pantang tanah.

Saya tak mahu bercerita panjang berkenaan adat ini.  Cuma apa yang penting.. kerjasama... opsss.. silap lah pulak.. ini lagu wonderpets..   di upacara 'berjejak' ini, jumlah bunga yang banyak diperlukan.. bunganya pula mestilah 7 jenis dan tujuh warna.

Jadi bunga-bunga rose di laman saya menjadi 'korban' upacara ini. 

Oleh kerana itu, semenjak semalam saya bersusah payah (mengigil tangan tau..) memotong bunga-bunga di laman saya.. dan kumpulkan didalam bekas dan simpan didalam peti ais.  Untuk memastikan hari Isnin nanti, bunga-bunga itu masih segar.

Sedang saya mengumpul bunga rose tu.. saya baru perasan.. jambangan mini camerons ni lawa sekali...




sorry, terpaksa blurkan tepi gambar.. kalo x .. nanti nampak sangat tangan saya yang 'comel' sangat tu..


2 comments: